April 28, 2024

Search
Close this search box.

MSFG UTM-PDRM anjur Bengkel Perancangan Strategik kenal pasti hala tuju penyelidikan

JOHOR BAHRU, 21 Mac – Makmal Satelit Forensik Geospatial (MSFG) UTM-PDRM, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menjalankan Bengkel Perancangan Strategik bagi mempersetujui terma rujukan serta merancang keperluan, potensi penyelidikan dan lain-lain aktiviti bersama rakan kerjasama iaitu Makmal Forensik (D10) dan Data Bank DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM diwakili oleh ACP Ts. Dr. Mohd Hakim bin Hashom (D13), ACP Muhammad Zulkifly bin Mohd Isa dan ASP Mohamad Nizam bin Husain daripada Unit D10 PDRM. Bengkel ini turut dihadiri oleh rakan industri daripada Geodelta Systems Sdn. Bhd., Encik Razak Wong Chen Keng.

Bengkel yang dianjurkan selama 2 hari ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Sains Forensik yang disampaikan oleh Ts. Dr. Naji Arafat bin Mahat disusuli oleh pengenalan kepada Crime Scene Investigation (CSI) yang disampaikan oleh ASP Mohamad Nizam bin Husain.

Sesi pengenalan ini telah mendedahkan para peserta bengkel tentang asas siasatan forensik dan memberi idea tentang potensi aplikasi Teknologi Geospatial yang bermanfaat dalam membantu siasatan forensik.

Turut hadir dalam menjayakan bengkel ini ialah Dekan FABU, Prof. Sr Dr. Kherun Nita Ali, pemangku Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) FABU, Dr. Syed Muhammad Rafy bin Syed Jaafar dan juga para penyelidik MSFG iaitu Prof. Dr. Zulkepli bin Majid, Sr Dr. Mohd Farid bin Mohd Ariff, Dr. Aiman bin Rashid, Dr. Imzan bin Hassan, Dr. Azman bin Ariffin, Dr. Mohd Faisal bin Abdul Khanan, Dr. Syamsul Hendra bin Mahmud, Dr. Norhadija binti Darwin, Sr Dr. Khairulazhar bin Zainuddin (UITM), Dr. Suzanna binti Noor Azmy, Dr. Ahmad Razali bin Yusoff, Encik Anuar bin Aspuri dan Encik Mohd Faizi bin Mohd Salleh.

Pelaksanaan bengkel perancangan strategik ini telah merangka aktiviti libatsama UTM-PDRM seiring dengan hasrat UTM untuk meneroka bidang kebitaraan Fantastic 4+ iaitu Digitalization, Natural Resources & Spiritual Tech, Agriculture Tech & Food Security dan Affordable Housing.

 

Explore More