November 25, 2024

Search
Close this search box.

Xplorace Merdeka UTMKL 2022 Capai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Semarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Kuala Lumpur, 14 Sept.- Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR) bersama-sama Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur buat julung kalinya telah menganjurkan Program Xplorace Merdeka UTMKL 2022. Program ini melibatkan penyertaan sekumpulan staf dan pelajar di dalam kampus UTMKL. Pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan dalam menyempurnakan lakaran Tokoh Merdeka Malaysia serta menjawab soalan-soalan berkenaan merdeka dan UTM amnya berdasarkan petunjuk yang diberikan.

Program ini juga dianjurkan bersempena sambutan penubuhan UTM selama 50 tahun. Perancangan aktiviti bagi setiap 6 checkpoint berjaya memupuk semangat kemerdekaan di kalangan peserta disamping aktiviti sihat seperti berbasikal, menaiki dan menuruni tangga, permainan tradisional dan mencari barang tersembunyi. Secara tidak langsung, aktiviti ini meningkatkan tahap kegembiraan peserta serta menilai keyakinan dan keberadaan peserta pada lokasi-lokasi di dalam kampus yang terpilih sebagai lokasi checkpoint. Antara lokasi yang terlibat adalah Perpustakaan Sultanah Zanariah, MJIIT, BATC, Aras 7 FTIR, Aras 2 dan 17 Menara Razak, Anjung Menara dan Pejabat UTMCS.

Program Xplorace ini menepati Matlamat Pembangunan Mampan(SDG) yang terdiri daripada SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 7: Tenaga Berpatutan dan Bersih, SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastrukturdan SDG 11: Bandar dan Masyarakat Mampan. Program ini juga selari dengan inisiatif kelestarian sebagaimana yang digariskan oleh UTMCS khasnya dalam melestarikan program yang dianjurkan. Di samping itu, ia turut mensasarkan pembangunan DNA UTM dikalangan pelajar dan staf melalui soalan-soalan yang akan diberikan sepanjang program berdasarkan skop bersempena sambutan UTM 50 tahun.

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa dan mengikut segala peraturan aktiviti yang dijalankan. Johan telah berjaya merangkul RM200 manakala Naib Johan adalah sebanyak RM150.00 dan tempat ketiga berjumlah RM100.00. Hadiah saguhati diberikan kepada semua peserta yang turut serta. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 40 peserta yang membentuk 20 kumpulan kesemuanya, dengan dibantu 12 urusetia diketuai oleh Dr. Hazilah Mad Kaidi.

Program telah dirasmikan oleh Pro-Naib Canselor UTMKL, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh. Turut hadir bersama memeriahkan program adalah Dekan FTIR, Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Naz’ri Mahrin dan Timbalan Pengarah UTMCS, Prof. Madya. Ir. Dr. Shamsul Sarip. Program ini turut mendapat tajaan dalam bentuk kewangan dan in-kind daripada syarikat hiliran UTM, ARUS Infiniti Sdn Bhd.

Penulis bersama: Hazilah Mad Kaidi & Shamsul Sarip

Explore More