November 22, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Mohd Fadthul Ikmal Misnal (Penyunting Penerbitan Media KTHO)

CHERATING, 19 Mac– Organisasi yang mantap menjadi nadi kepada kejayaan pelaksanaan program pembangunan pelajar berimpak tinggi. Selari dengan hasrat JTNCHEP untuk melahirkan bakat holistik dan berkualiti dalam kalangan pemimpin pelajar, MAFAN KTHO telah menganjurkan Kursus Pemantapan JKM KTHO sesi 2021/2022 bertempat di Cherating Lagoona Villa Resort bermula 17 Mac sehingga 19 Mac 2022.

Program yang disertai 23 JKM KTHO ini bertujuan untuk memperkasa jatidiri, di samping memantapkan lagi kemahiran komunikasi dan kerjasama sesama mereka dalam usaha untuk membentuk sebuah organisasi JKM yang inklusif, responsif dan proaktif.

Sesi taklimat dan ice breaking dijalankan sebelum bertolak ke Cherating.
Bedah siasat SPRINT dilaksanakan menerusi slot ‘Harga Diriku’.

Slot ‘Kesilapanku, Keegoanmu’ dilaksanakan sebelum peserta bertolak ke Cherating yang mana ia diisi dengan taklimat dan sesi ice breaking. Seterusnya, slot ‘Ku Bersuara’ menjadi platform untuk menguji kemahiran komunikasi korporat dalam kalangan peserta, apabila mereka diminta untuk mencari penajaan di sekitar Bandar Kuantan. Hasil dapatan slot ‘Ku Bersuara’ dinilai pada slot ‘Harga Diriku’.

Slot ‘Siapa Aku’ dan ‘Bernafas Dalam Lumpur’ menjadi platform JKM mengenal pasti kekuatan dan kelemahan organisasi.

Sementara itu, slot ‘Siapa Aku’ disampaikan sendiri Dr. Norahim Ibrahim. Menerusi slot ini, para peserta dapat mengenal perwatakan peribadi masing-masing. Seterusnya, slot ‘Bernafas Dalam Lumpur’ memberi tumpuan kepada analisis SWOT dalam pelaksanaan program pembangunan pelajar. Hari pertama kursus melabuhkan tirai dengan slot ‘You’ll Never Walk Alone’, iaitu aktiviti night walk.

JKM KTHO dilihat teruja mengikuti aktiviti water rafting.
Slot ‘Pelukan Angkasa’ oleh Dr. Mira Panadi menyentuh strategi dan inovasi dalam pelaksanaan sesuatu program.
JKM KTHO teruja mencari lokan di kawasan hutan paya bakau.

Hari kedua kursus pula menampilkan aktiviti fizikal untuk menguji jatidiri peserta. Di sebelah pagi, para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman water rafting. Namun, apa yang menarik adalah, setiap kumpulan wajib membawa barang amanah sepanjang beraktiviti sekali gus menguji semangat kerjasama antara peserta. Selepas Zohor, peserta menjalani aktiviti jungle trekking sambil mencari lokan di hutan paya bakau. Di sebelah malamnya pula, peserta diuji dengan cabaran melaksanakan simulasi program makan malam mengikut tatacara protokol yang tertib dan teratur.

JKM KTHO tidak ketinggalan mencuba aktiviti memanah yang disediakan.
Sesi fotografi simulasi majlis makan malam melibatkan Pengetua KTHO dan MAFAN.

Hari terakhir kursus pula disegarkan dengan slot senaman zumba dan aktiviti flying fox. Selepas itu, peserta menjalani sesi refleksi dan menyenaraikan beberapa akur janji untuk dimasukkan dan dimeterai sebagai Revolusi Merbauan 22. Kursus ini melabuhkan tirai dengan Majlis Perasmian Penutup yang turut dihadiri wakil Pengurusan Cherating Lagoona Villa Resort. Penganjuran kursus ini diharap dapat memantapkan organisasi JKM KTHO untuk menjadi antara organisasi yang disegani di UTM.

Hari ketiga kursus disegarkan dengan senaman pagi dan aktiviti zumba.
JKM KTHO tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti flying fox.
Slot refleksi yang akan menghasilkan resolusi akhir sebagai panduan budaya kerja JKM KTHO.
Majlis perasmian penutup Kursus Pemantapan JKM KTHO 2021/2022 disempurnakan oleh Dr. Norahim Ibrahim.
Senarai Hall of Fame Kursus Pemantapan JKM KTHO 2021/2022.
Revolusi Merbauan 22 dimetrai antara Pengerusi JKM (mewakili JKM) dan Pengetua KTHO (mewakili MAFAN).
Sesi fotografi melibatkan MAFAN, JKM KTHO dan Pengurusan Cherating Lagoona Villa Resort.

Explore More