April 30, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 25 Sept. — Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) di bawah naungan Ibnu Sina Institute for Science & industrial Research (ISI-SIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dan Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera Negeri Johor 2019.

Majlis Pelancaran Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera 2019 dirasmikan oleh YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatanuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor

Seminar dua hari ini dihadiri oleh pegawai kerajaan, ahli akademik dan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan.

Tujuan seminar ini dianjurkan adalah untuk membincangkan serta mengupas isu-isu semasa berkaitan institusi kekeluargaan.

Sebanyak 30 pembentangan kertas kerja termasuk 2 ucaptama telah berlangsung dalam seminar ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan resolusi telah dipersetujui bersama, antara resolusi terpenting adalah mencadangkan keperluan untuk menyediakan Modul Keluarga Sejahtera.

Penyerahan Resolusi Seminar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Sebagai lanjutan kepada kejayaan memperkenalkan Modul Keluarga Sakinah (MKS), satu modul kekeluargaan iaitu Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) yang bersifat universal dan menyeluruh akan dibangunkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim YPKDT dengan kerjasama bersama Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST).

Modul kekeluargaan yang dibangunkan ini akan mengambil pendekatan yang bersesuaian dengan kepelbagaian masyarakat dan bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Modul baharu yang lebih inklusif yang dibangunkan ini diharap dapat menyediakan panduan dan bimbingan kepada masyarakat awam negeri Johor khususnya dalam membentuk dan memperkasakan institusi kekeluargaan yang sejahtera.

Sekitar Majlis Makan Malam Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera 2019 yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UTM

Explore More