November 22, 2024

Search
Close this search box.

PENGENALAN

Kemahiran keusahawanan merupakan salah satu kemahiran yang digalakkan bagi pelajar untuk kuasai dengan baik dalam tempoh pengajian mereka.

Hal ini kerana kemahiran ini boleh memupuk sifat berdikari dalam menguruskan kewangan dalam diri seseorang. Individu yang mempunyai kemahiran ini mestilah mempunyai daya kreativiti dan minat yang tinggi dalam bidang usahawan. Mereka hendaklah menghayati prinsip usahawan, perjuangan pada masa akan datang.

Universiti Teknologi Malaysia sangat menggalakkan pelajarnya menceburi bidang keusahawanan bagi memupuk bakat keusahawanan sejak usia muda lagi. Terdapat pelbagai program yang berbentuk keusahawanan telah dianjurkan oleh pihak dalam UTM bagi menarik minat belajar untuk menceburi industri keusahawan ini.

UTM XCITE WEBINAR

UTM Centre For Student Innovation & Technology Entrepreneurship ataupun lebih dikenali sebagai UTM XCITE menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar terutamanya perkhidmatan yang berkaitan dengan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Di musim pandemik ini, terdapat pelbagai webinar keusahawanan yang telah dianjurkan oleh UTM XCITE. 

Sebagai contoh, KELAB USAHAWAN UTM dengan kolaborasi UTM XCITE akan mengadakan sebuah sesi perkongsian tentang pengalaman menjadi usahawan dan tips untuk  berjaya dalam dunia perniagaan secara atas talian bagi membantu mahasiswa/mahasiswi memupuk semangat dan keberanian untuk memulakan perniagaan. 

UTM XCITE juga menjemput pakar-pakar dalam bidang keusahawanan untuk berkongsi cerita dan kisah pengalaman pahit manis di dalam bidang keusahawanan. Perkara ini sekaligus mampu membantu mahasiswa untuk membuka mata terhadap bidang keusahawanan.

Rajah 1 : Poster-poster webinar yang dianjurkan oleh UTM XCITE dan laman facebook UTM XCITE.

SUSTAINABLE ENTREPRENEURIAL MINDSET SHOWCASE (SEMS)

Inisiatif kedua yang diadakan oleh pihak UTM adalah menganjurkan Program Sustainable Entrepreneurial Mindset Showcase ataupun lebih dikenali sebagai SEMS.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan UTM Center for Student Innovation & Technology Entrepreneurship (UTM XCITE). Program ini diperkenalkan pada tahun 2019 dan diadakan sebanyak dua kali setahun. Terdapat lebih daripada 300 peserta menyertai program ini setiap kali program ini dianjurkan. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan pelajar. Pendekatan seperti ini akan menyediakan peluang yang baik untuk para pelajar untuk menunjukkan idea inovatif mereka dalam menyelesaikan isu yang dinyatakan dalam matlamat pembangunan lestari berdasarkan matlamat ke tujuh belas “Nation’s Sustainable Development Goals (SDGs)”.

Dalam program ini, pelajar yang mengambil subjek UHAK dan UBSS dikehendaki membentangkan produk dan servis yang mereka bangunkan berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari(SDG) United Nation. Para pelajar dibimbing oleh seorang pensyarah keusahawanan bermula dari awal semester.

Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit untuk membentangkan inovasi mereka kepada para juri yang terdiri daripada pihak industri dan juga pihak akademik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan aktiviti keusahawanan termasuk proses menghasilkan idea dan penghasilan prototaip kepada para pelajar di UTM.  

Rajah 2 : Tangkap layar SEMS 5.0 dan 17 Sustainable Development Goals (SDGs).

AKTIVITI PERNIAGAAN DIKALANGAN MAHASISWA

Inisiatif seterusnya yang digunakan oleh pihak UTM ialah menawarkan peluang kepada pelajar untuk berniaga di acara-acara atau program yang dijalankan oleh pihak UTM secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Melalui inisiatif ini mahasiswa dapat menimba pelbagai jenis ilmu dan pengalaman terutamanya dalam bidang keusahawanan. Mahasiswa yang berminat dalam bidang usahawan digalakkan untuk mengambil bahagian bagi menyertai program-program tersebut. 

Kelab Usahawan UTM adalah salah sebuah kelab berbentuk keusahawanan yang ditubuhkan bagi sesiapa yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang usahawan.

Salah satu program yang mereka telah jalankan adalah “Food Truck Heaven” pada tahun 2018 dimana terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan selain daripada penjualan makanan. Selain itu, Fesko atau nama lainnya Festival Konvo juga merupakan salah sebuah acara yang wajib diadakan di UTM setiap tahun. Fesko akan diadakan setiap kali majlis konvokesyen diadakan. Pada masa itu, para pelajar diberi peluang untuk menjalankan perniagaan seperti makanan, minuman serta bunga yang boleh dijadikan hadiah kepada para graduan.

Rajah 3 : Lamam facebook Kelab Usahawan UTM dan poster-poster program perniagaan.

PENUTUP

Dengan adanya program-program yang dinyatakan di atas, diharapkan para pelajar lebih bersemangat dan mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang.

Terdapat banyak maklumat yang boleh didapati dan dipelajari daripada program yang dianjurkan khususnya program webinar yang disampaikan oleh barisan usahawan yang berjaya. Semoga para pelajar dapat memperoleh sesuatu yang bermanfaat bagi membantu untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan ini.

Disediakan oleh :

  1. Intan Nur Shahira Zanail
  2. Nurhafiyah Hazwani Binti Haris Fadzillah
  3. Fatin Hanani Binti Kamis
  4. Shafina Binti Abd Karim Ishigaki
  5. Izzah Athirah Binti Mohamad Fazli
  6. En Hairudin Bin Abdul Majid

Explore More