Disember 27, 2024

UTM Anjur ‘Young Scientist Pioneer’ Semai Minat Pelajar SMK Wira Penrissen Terhadap STEM

 

Fasilitator memberikan penerangan mengenai konsep daya geseran kepada pelajar sekolah

Kolej Datin Seri Endon (KDSE) dan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan program ‘Young Scientist Pioneer’ yang mengaplikasikan konsep STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) di SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak selama 3 hari mulai 16 hingga 18 Julai 2019 yang lalu.

Program ini telah dihadiri oleh 100 orang pelajar Tingkatan 1 dan 25 orang guru. Selain dari itu, program ini juga merupakan kerjasama antara Fakulti Sains UTM, Optical Society Malaysia, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menurut penasihat program tersebut, Dr Nabilah Kasim dari Fakulti Sains, program kemasyarakatan ini adalah selaras dengan visi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan modal insan dalam bidang STEM yang berkualiti dan mencukupi bagi memacu ekonomi.  Lantas, program ini menerapkan pembelajaran STEM yang lebih menarik dan menyeronokkan bagi meningkatkan minat pelajar sekolah tersebut terhadap STEM.

Fasilitator yang terdiri daripada 15 orang pelajar Pascasiswazah dan seorang pelajar Diploma UTM telah menyediakan bahan-bahan demonstrasi untuk menceritakan beberapa topik Sains dan Matematik yang dipilih daripada silibus sekolah dengan lebih menarik. Menurut laporan berita TV1 pada 18 Julai 2019 yang lepas, pelajar dilihat sangat gembira dan memberikan perhatian apabila modul itu diajarkan melalui konsep active learning di samping hands-on yang disediakan untuk mereka.

Fasilitator memberikan penerangan kepada para pelajar mengenai topik algebra.
Pelajar melakukan aktiviti hands-on untuk topik jadual berkala
Pelajar melakukan aktiviti hands-on untuk topik fotosintesis

 

Fasilitator melakukan aktiviti bersama dengan pelajar untuk memahami topik berkaitan dengan jirim

Disediakan Oleh: Dr. Nabilah Kasim

Explore More