April 29, 2024

Search
Close this search box.

FS Terima Lawatan Kerja Daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Jogjakarta

JOHOR BAHRU, 5 Mei — Fakulti Sains (FS), UTM telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Jogjakarta, Indonesia pada 21 Mac 2019 yang lalu dalam rangka lawatan kerja untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai program akademik.

Delegasi ini terdiri daripada sembilan pensyarah dari Program Studi Matematika, Fakultas Sains dan Teknologi serta diketuai oleh Ketua Program Studi Matematika iaitu Dr. M Wakhid Musthofa.

Delegasi ini pada awalnya telah dibawa melawat Jabatan Sains Matematik dan telah diraikan oleh pengurusan fakulti yang ketuai oleh Pengarah Sains Matematik , Prof. Madya Dr. Sharidan bin Shafie serta turut dihadiri oleh beberapa orang pensyarah jabatan berkenaan.

Delegasi ini pada dasarnya berhasrat untuk menjalinkan kerjasama terutamanya dari segi penganjuran konferens, penerbitan dalam jurnal fakulti, kerjasama penyelidikan melalui lantikan penyelia PhD, pertukaran pelajar atau pensyarah serta pembangunan program akademik dan kurikulum.

Delegasi ini seterusnya telah dibawa berjumpa dengan Dekan Fakulti Sains iaitu Prof. Dr. Abdull Rahim bin Mohd Yusof dan pihak pentadbiran Fakulti.

Mereka juga telah didedahkan mengenai peluang kerjasama yang boleh diterokai dengan jabatan-jabatan lain di bawah Fakulti Sains iaitu Jabatan Kimia, Jabatan Fizik dan Jabatan Biosains selain dari Jabatan Sains Matematik.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja dan sesi perbincangan bagi memperkukuhkan kolaborasi di antara pihak UIN Sunan Kalijaga dengan FS berjalan lancar.

Pelbagai kegiatan bagi manfaat bersama telah diperhalusi dan dipersetujui kedua-dua belah pihak di samping menghubungkan tenaga pakar akademik dan pentadbiran dipelbagai bidang yang berkaitan. Fakulti Sains khususnya Jabatan Sains Matematik sangat berbesar hati menerima kunjungan delegasi ini dan adalah menjadi harapan agar kerjasama yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar kelak.

Sesi perbincangan di Jabatan Sains Matematik.

Sesi fotografi delegasi bersama wakil-wakil Jabatan Sains Matematik.

Sesi pertemuan bersama pentadbir Fakulti Sains.

 

Penyampaian cenderahati dari Fakulti Sains kepada delegasi.

 

Ditulis oleh: Dr. Anati binti Ali & Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar, FS

Explore More