#tsunagaruMJIIT atau #MJIITconnects telah menjalankan sebuah lagi forum menarik yang bertemakan #tsunagaruRamadan bersama-sama barisan panel yang popular di peringkat kebangsaan secara maya ke paparan skrin para penonton dan berkongsi pendapat bicara tentang “Disiplin Diri : Dhabit & Doutoku”.
Program yang telah memasuki Episod ke-13 tersebut merupakan salah sebuah siri program untuk mengajak warga UTM ke arah mengamalkan budaya kerja cemerlang dan berdisiplin seperti rakyat Jepun.
Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan berbesar hati telah menjemput seluruh warga UTM serta orang awam untuk bersama panelis mantap:
- YBhg. Dato’ Ustaz Muhammad bin Abdullah, selebriti pendakwah bebas dan usahawan Berjaya juga merangkap Profesor Adjung dari MJIIT UTM
- YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
- YBhg. Dato’ Hj. Zulkifli bin Hj. Abdul Malek, pengasas Katana Circle Malaysia juga merangkap Profesor Adjung dari MJIIT UTM
- YBrs. Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Dekan MJIIT UTM sebagai moderator
Forum khas ini telah berjaya meraih sebanyak 1,300 penonton alam maya menerusi LIVE Facebook kami di laman rasmi Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) https://www.facebook.com/mjiitutm/.
Siaran lansung ini telah dijalankan di bangunan MJIIT, Bilik Seminar 2, Tingkat 9 tanpa sebarang penonton fizikal demi untuk menjaga SOP yang ketat selama satu jam setengah iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga 4 petang.
Forum ini telah berjalan dengan lancar serta diakhiri dengan sesi soal jawab dari setiap panelis dan juga sesi bergambar dengan pengamalan SOP.
Bagi mereka yang terlepas siaran lansung #tsunagaruMJIIT : Dhabit & Doutoku, anda boleh terus ke pautan ini : https://fb.watch/61mUlE1krz/
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Dr. Rahayu Tasnim
No. telefon: 016-7024622
Email: rahayutasnim@utm.my
Facebook: https://www.facebook.com/mjiitutm/
Instagram: https://www.instagram.com/mjiitofficial/