April 20, 2024

Search
Close this search box.

#tsunagaruMJIIT #MJIITconnects “Disiplin Diri : Dhabit & Doutoku”

#tsunagaruMJIIT atau #MJIITconnects telah menjalankan sebuah lagi forum menarik yang bertemakan #tsunagaruRamadan bersama-sama barisan panel yang popular di peringkat kebangsaan secara maya ke paparan skrin para penonton dan berkongsi pendapat bicara tentang “Disiplin Diri : Dhabit & Doutoku”.

Program yang telah memasuki Episod ke-13 tersebut merupakan salah sebuah siri program untuk mengajak warga UTM ke arah mengamalkan budaya kerja cemerlang dan berdisiplin seperti rakyat Jepun.

Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan berbesar hati telah menjemput seluruh warga UTM serta orang awam untuk bersama panelis mantap:

  1. YBhg. Dato’ Ustaz Muhammad bin Abdullah, selebriti pendakwah bebas dan usahawan Berjaya juga merangkap Profesor Adjung dari MJIIT UTM
  2. YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
  3. YBhg. Dato’ Hj. Zulkifli bin Hj. Abdul Malek, pengasas Katana Circle Malaysia juga merangkap Profesor Adjung dari MJIIT UTM
  4. YBrs. Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Dekan MJIIT UTM sebagai moderator

Forum khas ini telah berjaya meraih sebanyak 1,300 penonton alam maya menerusi LIVE Facebook kami di laman rasmi Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) https://www.facebook.com/mjiitutm/.

Siaran lansung ini telah dijalankan di bangunan MJIIT, Bilik Seminar 2, Tingkat 9 tanpa sebarang penonton fizikal demi untuk menjaga SOP yang ketat selama satu jam setengah iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga 4 petang.

Forum ini telah berjalan dengan lancar serta diakhiri dengan sesi soal jawab dari setiap panelis dan juga sesi bergambar dengan pengamalan SOP.

Bagi mereka yang terlepas siaran lansung #tsunagaruMJIIT : Dhabit & Doutoku, anda boleh terus ke pautan ini : https://fb.watch/61mUlE1krz/

Tangkapan skrin dari laman rasmi Facebook MJIIT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Dr. Rahayu Tasnim
No. telefon: 016-7024622
Email: rahayutasnim@utm.my
Facebook: https://www.facebook.com/mjiitutm/
Instagram: https://www.instagram.com/mjiitofficial/

Explore More