April 30, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 26 Mac — Sebuah sesi perkongsian di bawah Popular Science Seminar Series telah diadakan di DK2, C17 Fakulti Sains ,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertajuk “Bencana Pasir Gudang: Kronologi dan Peranan Kita”.

Seramai tiga orang dari Jawatankuasa(JK) Saintifik Bagi Kes Pencemaran Sisa Kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang, Johor telah berkongsi tentang situasi sebenar yang berlaku dan tugas-tugas yang dijalankan wakil UTM iaitu Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff, selaku Pengerusi JK Saintifik bersama Prof. Madya Dr. Jafariah Jaafar dan Dr. Faizuan Abdullah pula selaku setiausaha.

Sesi dimulakan dengan penceritaan kronologi kes yang berlaku oleh Dr. Faizuan, diikuti oleh penerangan tentang perspektif keselamatan dan kesihatan persekitaran pekerjaan (OSHE) oleh Prof. Madya Dr. Jafariah Jaafar dan juga tugas-tugas yang telah dikakukan serta hasil rumusan JK Saintifik yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff.

Peserta yang hadir untuk mendengar perkongsian ini terdiri dari para pelajar, kakitangan dan juga pensyarah UTM, serta pihak media.

Di samping itu, terdapat juga pameran tentang keselamatan makmal yang dikendalikan oleh syarikat Merck Malaysia dengan membawa kelengkapan seperti makmal bergerak Merck Truck dan juga kit tumpahan bahan kimia.

Tujuan sesi perkongsian ini diadakan ialah untuk menyampaikan maklumat sebenar yang berlaku ketika insiden pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang dan juga menceritakan kembali peranan dan tugas yang telah dilakukan oleh wakil dari UTM iaitu ketiga-ketiga penceramah ini.

Pada akhir sesi ini, para hadirin yang hadir telah berpuas hati dan berterima kasih atas sesi perkongsian yang telah dibuat kerana mereka lebih memahami situasi sebenar yang berlaku dan juga dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka berkenaan pengendalian bencana pencemaran sisa toksik serta kesedaran untuk menjaga alam sekitar daripada dicemari.

Dr. Faizuan bin Abdullah,
Pensyarah Kanan  Jabatan Kimia,
Fakulti Sains

Explore More