Universiti Teknologi Malaysia telah menganugerahkan biasiswa berprestij Ainuddin Wahid kepada lima (5) pelajar ijazah kedoktoran sebagai penerima kumpulan pertama biasiswa tersebut. Dalam majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2013 bersama warga UTM, Y. Bhg Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar telah mengumumkan penerima dan menganugerahkan biasiswa tersebut kepada Ain Nadia binti Mazlan daripada Fakulti Kejuruteraan Awam, Nor Arlina binti Ahmad Ghani, Mohd Nizam bin Mazenan dan Gan Hon Seng daripada Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sharanjit Kaur a/p Bhatal Singh daripada Fakulti Komputeran.
http://www.utm.my/news-clipping/2013/12/31/penganugerahan-biasiswa-berprestij-ainuddin-wahid-kumpulan-pertama-utm/