Oleh: Azra Ayue Abdul Rahman
Dua kelab mahasiswa Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) telah bergabung tenaga menganjurkan Program Ihya Ramadhan yang berlangsung dengan jayanya malam kelmarin. Kelab tersebut adalah Kelab SMART yang mewakili mahasiswa jurusan Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia dan Kelab Psychic yang mewakili mahasiswa jurusan Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia.
Program yang dilaksanakan secara atas talian ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Professor Madya Dr. Siti Aisyah Panatik dan diikuti dengan ucapan ringkas oleh pensyarah penasihat kelab masing-masing iaitu Dr. Mohd. Nasir Markom dan Dr. Mohammad Saipol Mohd Sukor. Majlis seterusnya berlangsung dengan bacaan surah Yassin secara beramai-ramai yang dipimpin oleh saudara Muhammad Ridzwan Mohd. Khozam dan diikuti dengan tazkirah ringkas.
Biarpun ringkas, majlis ini berjaya menghimpunkan mahasiswa bersama-sama dengan pensyarah untuk membangkitkan semangat menyambut bulan yang mulia ini. Semoga usaha ini diberkati dalam semangat untuk mengimarahkan bulan yang mulia dalam kalangan mahasiswa SHARPS dan juga staf. Selamat datang wahai bulan Ramadhan yang mulia.
Semoga keampunan Allah bersama-sama diperolehi di bulan yang penuh barakah ini.