November 22, 2024

Search
Close this search box.

UTMLead telah menganjurkan program Cakna bersama Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBhg Prof Ts. Dr Mohd Hamdan Bin Ahmad pada 9 Mac 2021.

Program ini dianjurkan untuk membincangkan isu-isu semasa Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan (TNCP), bersama pemegang taruh di dalam Universiti.

Program di mulakan dengan ucapan aluan dari yang menjalankan tugas Pengarah UTMLead, Prof Madya Ir Dr Sharifah Hafizah Syed Ariffin. Moderator program adalah Prof. Madya Dr Siti Aishah Panatik, Pengerusi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Prof Hamdan, memulakan bicaranya dengan memperkenalkan tanggungjawab Jabatan TNCP yang merangkumi semua asset tidak alih dalam Universiti Teknologi Malaysia, UTM.

Ini meliputi kampus Johor, Kuala Lumpur dan Pagoh. Jabatan TNCP juga dalam pembangunan merancang strategi bagi semua aset tidak alih yang sedang membangun dalam universiti supaya ianya lebih berarah. 102 ekar kawasan telah dipagarkan bagi menaikkan pembangunan mix-factorial.

Juga pembangunan lain yang sedang dirancang seperti Hospital Swasta, UTM Academy JDT dan JDT café. Prof Hamdan juga menekankan tentang beberapa perkara penting iaitu Envision 2025 yang mana meliputi kelestarian kewangan (financial sustainability) dan kehidupan kampus yang transformatif (transformative campus life).

Beliau juga menyebut tentang keperluan menerapkan nilai-nilai teras UTM iaitu Integrity , Sinergy , Excellence dan Sustainability (ISES) dalam menjalankan kerja-kerja harian. Menurut beliau, bila nilai-nilai ini diterapkan, staf dapat bekerja bersama dan menghargai sumbangan masing-masing dalam menjayakan sesuatu tugas.

Menurut Prof Hamdan lagi, UTM Alumni masih dibawah Jabatan TNCP kerana jika di lihat di universiti luar negara, pengurusan alumni adalah dibawah advancement, yang mana dapat membantu universiti dalam melibatkan alumni dengan program universiti dan meningkatkan sumbangan mereka kepada warga kampus.

Jabatan TNCP dalam proses membangunkan Polisi Aset Tidak Alih yang mana ianya akan mengubah lanskap pengurusan aset universiti. Ini akan dapat membantu dalam pengurusan bangunan dan tanah sekitar kampus JB, KL dan Pagoh.

Program yang berlangsung selama 2 jam telah memberi banyak informasi dan sarat dengan diskusi  bersama pemegang taruh Jabatan TNCP.

Prof Hamdan juga menekan juga bahawa Jabatan TNCP akan menyambung inisiatif yang telah dan yang sedang berlangsung dari kepimpinan terdahulu.

Walau bagaimanapun Prof Hamdan selaku TNCP yang baharu akan memperhalusi (fine-tune) proses kerja dari masa ke semasa dengan Jabatan TNCHEP, Jabatan Canselori bagi melancarkan lagi pengurusan asset alih universiti.

Explore More