November 22, 2024

Search
Close this search box.

KDOJ Tingkatkan Kualiti Penginapan Pelajar Akademi JDT

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan bola sepak negeri Johor melalui sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) bersama yang dibuat sebelum ini.

Kerjasama tersebut telah dilihat sebagai satu ‘smart partnership’ di mana UTM mempunyai fasiliti yang boleh digunakan manakala PBNJ pula mempunyai kepakaran dalam bidang sukan bola sepak. Adalah menjadi hasrat kerjasama ini untuk membentuk pemain bola sepak yang berilmu tinggi atau pemain‘football with brain’ di kalangan pelajar Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sehubungan dengan itu, Kolej Dato Onn Jaafar (KDOJ) telah dipilih sebagai lokasi paling strategik untuk menyediakan fasiliti penginapan selama enam tahun bermula 1 Januari 2020 kerana mempunyai kedudukan blok bangunan penginapan yang bersebelahan dan berhampiran dengan empat buah padang yang disetujui untuk dijadikan tempat latihan pelajar Akademi JDT.

Bilik-bilik di KDOJ yang menjadi tempat penginapan buat para pelajar Akademi JDT adalah di aras 2 dan 3 Blok XB2 di mana ia melibatkan sebanyak 74 buah bilik yang boleh menempatkan seramai 138 orang di dalam satu masa.

Dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan fasiliti untuk semua penghuni termasuk pelajar Akademi JDT, projek seperti pengecatan semula KDOJ telah selesai dijalankan pada bulan Februari 2020 untuk beberapa bahagian dalam bangunan manakala bulan Ogos 2020 pula untuk beberapa bahagian luar bangunan.

Sebahagian dinding luar, lobi masuk dan tepi jalan di Blok XB2 KDOJ adalah antara bahagian yang terlibat dengan projek pengecatan semula

 

Lobi dan laluan aras 2 dan 3 Blok XB2 KDOJ yang telah dicat

 

Laluan masuk aras 1 Blok XB2 KDOJ yang turut dicat

 

Bilik-bilik pelajar Akedemik JDT juga telah dibekalkan dengan set perabot dan tikar getah baharu sebagai inisiatif tambahan.

Projek pengecatan semula bangunan KDOJ ini adalah diharapkan dapat membantu memberi suasana penginapan yang lebih kondusif, selesa dan selamat. Kerja-kerja mengecat yang diuruskan sendiri dengan jayanya oleh Pejabat Harta Bina UTM dan pihak kontraktor telah menggunakan peruntukkan kos dari Tabung Kolej dan Pelan Global Universiti Fasa III.

Di samping itu, cadangan pembinaan Kafeteria JDT di lokasi berhampiran KDOJ turut dirancang sebagai memenuhi keperluan pelaksaan sebuah program Akademi JDT pada masa akan datang. 

Lokasi cadangan pembinaan cafeteria untuk kemudahan makan dan minum pelajar Akademik JDT adalah bersebelahan padang KDOJ.

Gambaran dari sudut atas kafeteria Akademi JDT yang diperbuat dari kontena dan mempunyai konsep terbuka

 

Lokasi cadangan pembinaan kafeteria untuk kemudahan makan dan minum pelajar Akademi JDT adalah bersebelahan dengan padang KDOJ.

Explore More