November 26, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh:

Dr Nur Izyan binti Wan Azelee & Dr Daniel Joe Dailin

Program Kejuruteraan Bioproses dan Polimer,

Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga,

Fakulti Kejuruteraan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

Pada tanggal 27 Februari 2020 yang lepas, Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Polimer, di bawah Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga dengan kerjasama Institute of Bioproduct Development (IBD), UTM telah menjalankan sebuah program yang dinamakan Pilot Plant Day 2020.

UTM Pilot Plant Day merupakan program tahunan yang diadakan khusus untuk para pelajar tahun akhir dalam jurusan ijazah sarjana muda Kejuruteraan Bioproses dan Polimer.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini merupakan program kali ketiga sejak ia mula diperkenalkan pada bulan April tahun 2018.

Program ini dijalankan oleh pasukan Rekabentuk dan Analisis Bioreaktor yang diketuai oleh Dr Muhd Nazrul Hisham Zainal Alam bersama-sama ahli-ahlinya yang terdiri daripada Dr. Daniel Joe Dailin, Dr. Nor Hasmaliana Abdul Manas and Dr. Nur Izyan Wan Azelee.

Program yang dijalankan ini mendapat sokongan dan tajaan penuh daripada pihak Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, UTM.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar akan keseluruhan operasi microbial processing di dalam bioreactor bermula dari proses upstream sehingga ke proses downstream.

Program telah dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan keselamatan di dalam IBD disusuli dengan ceramah ‘Melangkah ke alam kerjaya’.

Para pelajar juga diberikan penerangan lebih mendalam berkenaan proses scale-up dan juga gambaran nyata proses operasi bioproses di pilot-scale.

Para pelajar telah didedahkan dengan informasi-informasi penting yang sangat relevan dengan industri seperti good laboratory practise (GLP), good documentation practise (GDP) dan good manufacturing practise (GMP). Program ini juga membolehkan para pelajar menghubungkaitkan segala ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas kepada dunia industri sebenar.

Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para pelajar merasai dan mempelajari sesuatu ilmu diluar bilik kuliah dan memberikan suasana unik selain daripada menjalankan eksperimen di dalam makmal.

Peralatan-peralatan dan mesin yang ditunjukkan dalam program ini menghampiri dan mirip kepada proses sebenar di industri.

Pada program kali ini, seramai 73 orang pelajar jurusan akhir Kejuruteraan Bioproses dan Polimer telah terlibat dalam menjayakan program ini. Seramai lima orang staf daripada IBD turut serta menyumbang masa dan tenaga menjayakan program ini.

Mereka terdiri daripada Prof. Dr. Hesham A. El-Enshasy selaku pengarah IBD, bersama-sama empat orang pegawai penyelidik IBD iaitu En. Iruan Shahrulnizam, Pn Roslinda Malek, En. Azizul Azhar dan En. Solleh Ramli. Di penghujung lawatan, para pelajar telah diberikan tugasan berkumpulan untuk disiapkan dan dibentang kepada para penilai dilantik.

Mereka diminta untuk membuat rumusan dalam bentuk grafik tentang segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang program ini berlangsung. Konsep pembelajaran secara aktif (active learning) telah diimplemenkan secara langsung dalam program ini dengan memberi ruang kepada para pelajar untuk membentangkan hasil kerja mereka disamping cuba untuk memberi pemahaman kepada rakan-rakan lain sebelum akhirnya membuat kesimpulan terhadap konsep yang hendak disampaikan.

Program ini telah mendapat maklum balas baik daripapa para pelajar terlibat. Berikut merupakan antara maklum balas yang telah diterima;

‘Pilot Plant Day telah memberikan impak besar kepada kami semua dengan memberikan pemahaman yang efektif terhadap segala unit operasi yang berlaku dalam sesebuah industri.

Kami juga belajar akan kepentingan kerjasama berkumpulan dan kemahiran berfikir secara kritis semasa sesi djalankan. Kesemua ilmu yang dipelajari ini sukar diperoleh dalam kelas.’

‘Lawatan pilot plant ini sangat memberi manfaat kepada kami kerana ia memberikan gambaran jelas akan proses sebenar yang berlaku di industry.’

‘Lawatan Pilot Plant ini telah memberikan kami peluang untuk belajar dengan lebih jelas dan mendalam akan peralatan-peralatan industri yang telah kami pelajari daripada buku-buku teks. Melalui lawatan ini juga kami telah dapat menghubungkaitkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan apa yang berlaku di dunia sebenar di industri.

Secara keseluruhannya, ia adalah sesuatu pengalaman yang menarik dan bermakna buat kami semua sebelum menempuhi alam pekerjaan nanti.’

‘Selepas lawatan Pilot Plant, kami telah memperoleh pemahaman lebih mendalam berkenaan proses upstream dan proses downstream dalam sesebuah kilang pemprosesan.

Kami juga telah didedahkan dengan system GMP. Lawatan seumpama ini benar-benar telah membantu kami memahami proses yang berlaku dlama pilot plant agar dapat kami aplikasikannya dalam projek rekabentuk bioreactor nanti.’

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan UTM Pilot Plant Day 2020.

Ceramah ‘Melangkah ke Alam Kerjaya’ diberikan oleh Pengarah IBD, Prof. Dr. Hesham A. El-Enshasy.
Penerangan ringkas berkenaan objektif Pilot Plant Day 2020 oleh Pengarah Program Kejuruteraan Bioproses dan Polimer, Dr Dayang Norulfairuz binti Abang Zaidel
Seramai 73 orang pelajar jurusan akhir Kejuruteraan Bioproses dan Polimer telah menghadiri program Pilot Plant Day 2020 ini.
Lawatan tapak ke bahagian pemprosesan upstream dalam IBD.
Lawatan tapak ke bahagian pemprosesan downstream dalam IBD.
Aktiviti berkumpulan selepas selesai sesi lawatan tapak dalam IBD.
Para pelajar rancak berbincang dalam kumoulan bagi menyiapkan tugasan yang diberi.

 

Para pensyarah dan pelajar bergambar kenang-kenangan di luar bangunan IBD, UTM.

Explore More