November 25, 2024

Search
Close this search box.

Dr Rabeatul Husna, SHARPS Kupas Isu Norma Baharu Dalam Astro Awani

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman

Sebuah artikel oleh Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman bertajuk “Norma Baharu Bekerja Secara Fleksi” telah disiarkan di ruangan Kolumnis Awani, Astro Awani.

Artikel beliau mengupas isu berkaitan bekerja dari rumah dan waktu kerja fleksi sebagai norma baharu di era pandemik COVID-19.

Beliau mengutarakan aspek berkaitan waktu bekerja fleksi, perkongsian kerja, penggiliran kerja, pemampatan minggu kerja, kerja hujung minggu, pertukaran syif kerja dan tugasan kerja berasaskan projek.

Aspek-aspek ini perlu diberikan perhatian dan boleh dipertimbangkan oleh pihak majikan dan juga pekerja.

Hal ini untuk  membantu organisasi menguruskan kos operasi dan pekerja meneruskan kelangsungan budaya kerja.

Artikel Dr. Rabeatul Husna ini juga menyentuh aspek skop pengaturan kerja fleksi terutamanya untuk golongan pekerja wanita yang berperanan sebagai penyumbang pasaran tenaga kerja negara.

Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman merupakan seorang pensyarah kanan dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM.

Beliau aktif dalam penulisan, penyelidikan, serta perundingan dalam bidang Pembangunan Polisi Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Sebelum ini, artikel beliau yang bertajuk “Kesan Pandemik COVID-19 ke atas Pekerja dan Majikan” telah disiarkan di Malaysia Gazette.

Ikuti artikel penuh Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman sebagai Kolumnis Awani di:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/norma-baharu-bekerja-secara-fleksi-241489

 

Artikel Dr. Rabeatul Husna yang disiarkan di ruangan Kolumnis Awani, Astro Awani

Explore More