April 29, 2024

Search
Close this search box.

Sesi SuaMesra Dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak bersama pelajar Rekabentuk Industri

Pada 6 Mac 2020, program Sesi SuaMesra Dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama pelajar Sarjana Muda Rekabentuk Industri (SRI) telah berlangsung di Dewan Seminar Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Program tersebut telah dihadiri oleh Dekan FTIR, Prof. Madya Dr. Astuty Amrin, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Khairur Rijal Jamaludin, Penyelaras Program SRI bersama Penasihat Akademik dan juga pensyarah-pensyarah program, staf pentadbiran dan pelajar-pelajar SRI yang terdiri daripada pelajar Tahun 1, 2 dan 3.

Tujuan utama Sesi SuaMesra Dekan ini diadakan adalah untuk Dekan mengenali pelajar-pelajar dengan lebih rapat serta berkongsi maklumat berkenaan universiti dan fakulti yang perlu difahami sebagai seorang pelajar di UTM.

Beliau turut menekankan kepentingan para pelajar untuk mendapatkan bukan sahaja ilmu pengetahuan tetapi juga kemahiran generik sepanjang berada di UTM sama ada semasa proses pembelajaran secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk merealisasikan kemenjadian mahasiswa sebagai matlamat utama universiti dan fakulti.

Pelajar juga turut dinasihatkan dan diingatkan untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan berkeperibadian mulia berpandukan nilai-nilai yang diterapkan dalam Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.

 

 

Program ini diakhiri dengan sesi soal-jawab serta pandangan bernas daripada para pelajar untuk membantu fakulti dalam usaha meningkatkan kualiti program serta kualiti pembelajaran mereka sepanjang mereka berada di Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM.

Explore More