November 29, 2024

Search
Close this search box.

UTM-Newcastle University perbaharui MoU kerjasama penyelidikan

Prof. Wahid dan Prof. Chris bertukar dokumen perjanjian.

JOHOR BAHRU, 27 November 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Newcastle University memperbahrui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan keduanya terus bekerjasama dalam bidang penyelidikan air bersih.

Deligasi dari UTM dan NUMed bergambar kenangan di perkarangan kampus NUMed di Iskandar Puteri.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan rakan sejawatnya Prof. Chris Day menandatangani perjanjian berkenaan bertempat di Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) Iskandar Puteri, petang tadi.

Turut hadir adalah Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif NUMed, Prof. Roger Barton serta Pengarah Centre of Environment Sustainability and Water Security (IPASA), Prof. Dr. Azmi Aris.

Prof. Wahid berkata, antara projek yang dijalankan antara UTM dan NUMed ialah menghasilkan loji rawatan air tahan kuman di Johor yang membabitkan penyelidikan dari Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME) UTM.

“Projek penyelidikan ini telah dianugerahkan dengan geran penyelidikan Newton Fund bagi meningkatkan kesihatan komuniti di Malaysia menggunakan kaedah rawatan air tidak berpusat yang lestari,” katanya.

Beliau berharap kerjasama yang yang sekian lama terjalin antara UTM dan NUMed dapat diperkukuhkan lagi supaya lebih banyak penyelidikan dapat dijalankan untuk kebaikan penduduk di negara ini.

Sementara itu, Prof. Chris berkata Newcastle menikmati pelbagai faedah menarik sepanjang hubungannya dengan Malaysia sejak 1992 dan pihaknya amat bangga apabila ramai bekas penuntut universiti berkenaan berkhidmat di UTM.

“Setakat ini, seramai 20 orang tenaga pengajar UTM memegang ijazah tertinggi daripada Newcastle yang menunjukkan kekuatan hubungan dua hala antara dua institusi dan negara yang berlainan,” katanya.

Explore More