November 26, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM anjur Safety Traffic Awareness

JOHOR BAHRU, 12 Jun 2017 – Berinspirasikan kejadian kemalangan yang meragut nyawa lapan orang remaja di Bandaraya Johor Bahru ketika menunggang basikal beramai-ramai di awal pagi pada 18hb Februari lalu telah mengilhamkan sekumpulan 17 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menganjurkan Program : Safety Traffic Awareness di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai (SKSTP), baru-baru ini.

Guru Penyelia Petang Salbiah Laitho merasmikan kempen.

Program yang dianjurkan di bawah kelas Ko-Kurikulum – Sains Kesukarelawan bermatlamatkan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika di jalanraya samada ketika pergi dan pulang dari sekolah mahupun ketika bersama kenderaaan keluarga.

Selain itu, program berkenaan bermatlamat memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat serta membina hubungan yang lebih baik di antara UTM dan masyarakat luar.

Dengan kerjasama yang sangat baik dari pihak pentadbir sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta Kelab Keselamatan dan Kesihatan SKTSP, seramai 180 orang pelajar tahun empat telah menyertai program sehari itu yang dirasmikan oleh Guru Penyelia Petang Salbiah Laitho yang mewakili Guru Besar.

Yang turut hadir Pensyarah Kelas Ko-Kurikulum Prof. Madya Dr Muhamad Zaly Shah Muhamad Hussein dan Yang Dipertua PIBG Khairull Azmi Ishak.

Pegawai Penyiasat, Bahagian Penyiasat Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Iskandar Puteri, Johor Insp Mohd Fadli bin Abdullah dijemput untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya.

Melalui ceramah yang penuh dengan informatik dan data-data terkini, pelajar telah berjaya diberikan kesedaran mengenai keselamatan jalanraya dan bahaya yang boleh menimpa mereka sekiaranya mereka mengambil sikap yang sambil lewa ketika berada di jalan raya.

Peselajar sekolah dan mahasiswa UTM bergambar kenangan.
Pelajar sekolah mengambil bahagian dalam pemainan yang disediakan.

Pelajar juga ditunjukkan sedutan video dan gambar-gambar mangsa kemalangan jalanraya untuk dijadikan iktibar kepada mereka semua.

Sesi seterusnya telah dikendalikan sepenuhnya oleh para mahasiswa iaitu program interaktif ‘Treasure Hunt’ mengikut kumpulan yang telah diberikan di kalangan para pelajar sekolah.

Melalui program ‘Treasure Hunt’ ini, para pelajar akan melalui beberapa check point di mana pada setiap check point mereka secara berkumpulan dikehendaki menyelesaikan pelbagai permainan berkaitan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

Contohnya Permainan meneka simbol-simbol yang terdapat di jalanraya dan Permainan mencantumkan ‘puzzle’ gambar-gambar mengenai ayat-ayat berkaitan arahan keselamatan di jalanaraya.

Pada akhirnya bagi kumpulan yang berjaya mengumpulkan mata terbanyak, akan mendapat hadiah hamper yang telah disediakan oleh para mahasiswa semasa sesi majlis penutupan program dan penyampaian sijil penyertaan.

Secara keseluruhannya, atas sikap keprihatinan kumpulan mahasiswa ini terhadap isu keselamatan jalanraya khususnya berkaitan para pelajar sekolah, mereka telah berjaya merealisasikannya melalui program yang sangat berjaya memberikan impak kepada komuniti setempat iaitu para pelajar SKTSP berkenaan.

Ini juga selaras dengan hasrat UTM untuk memastikan mahasiswa UTM lebih peka dan prihatin kepada isu-isu kemasyarakatan dan melalui ilmu yang mereka ada, pelbagai program boleh dilaksanakan bagi memberikan limpahan keilmuan UTM dapat dilebarluaskan kepada masyarakat setempat.

Explore More