November 26, 2024

Search
Close this search box.

DSI UTM bergema sorakan lebih 2,000 penonton saksi perlawanan Malaysia – Indonesia

 

JOHOR BAHRU, 22 November: Dewan Sultan Iskandar (DSI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digegarkan dengan sorakan lebih 2,000 mahasiswa dan staf yang menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia, malam tadi.

Perlawanan tersebut turut disaksi oleh kira-kira 50 mahasiswa Indonesia yang datang dengan berpakaian baju merah sebagai sokongan kepada Garuda Muda.

Siaran langsung bola sepak antara Malaysia dan Indonesia adalah yang pertama disiarkan secara langsung di DSI anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UTM mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Walaupun, pengumuman mengenainya disiarkan dalam Facebook UTM selepas jam lima petang semalam, tetapi berjaya menarik ribuan mahasiswa dan staf.

Langkah MPPUTM menggadakan program menonton siaran langsung perlawanan akhir itu mendapat sokongan ramai peminat. Sehingga pagi ini seramai 306 pengunjung ‘Like’ di Facebook UTM.

Tahniah MPPUTM kerana menganjurkan program menonton siaran langsung dan tahnah kepada Harimau Muda kerana menumpaskan Garuda Muda 4-3 selepas seri 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

 

 

 

Explore More