November 26, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman dan Nur Maisarah Zaidan

Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Makan Malam “Magika 2019” bertempat di Dewan Sri Perdana, Universiti Teknologi Malaysia. Majlis ini diadakan untuk meraikan mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir kursus Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia yang bakal bergraduan pada semester hadapan.

Pensyarah dan mahasiswi kursus Pembangunan Sumber Manusia di Majlis Makan Malam

Majlis makan malam ini telah dirasmikan oleh Dr. Irmawati Norazman selaku Penyelaras Program Pembangunan Sumber Manusia, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS). Majlis yang dihadiri oleh para pensyarah bersama-sama 206 orang mahasiswa dan mahasiswi ini dianjurkan oleh persatuan Student of Human Resource (SMART) dengan tanggungjawab pengurusan majlis digalas oleh saudari Nur Maisarah Zaidan dan dibantu seramai 45 orang ahli jawatankuasa.

Perasmian majlis oleh Dr. Irmawati Norazman selaku Penyelaras Program Pembangunan Sumber Manusia, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS)

Majlis ini telah dimeriahkan dengan pelbagai jenis persembahan daripada wakil pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 4. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh saudara Adib Irfan Mohd Arifin daripada Kelab Citra Daksina, UTM. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian hadiah pakaian beragam terbaik yang dimenangi oleh Lei Wei Keong dan Nur Alyaa Athirah Mat Jusoh.

Bakat nyanyian dan kemahiran bermain gitar yang dipersembahan oleh mahasiswa kursus Pembangunan Sumber Manusia

Kemuncak majlis tersebut telah disempurnakan dengan penyampaian Anugerah Kepimpinan yang mana pemenangnya dipilih dengan menggunakan kaedah undian oleh mahasiswa dan mahasiswi jurusan ini.

Penerima anugerah ini terdiri daripada Ku Jian Yi dan Nur Amira Nazarudin (pemenang Tahun 1), Muhammad Ammaruddin Alusrizan dan Faiq Taufiqul Hikam (pemenang Tahun 2), Muhammad Shahmi Akmal Zol dan Nurul Nadiah Abdul Halim (pemenang Tahun 3) serta Danial Hakim Mat Saimin (pemenang Tahun 4). Kesemua Anugerah Kepimpinan  tersebut telah disampaikan oleh Dr. Salwa Abdul Patah, Pensyarah Kanan Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS).

Dr. Salwa Abdul Patah, Pensyarah Kanan Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) menyampaikan Anugerah Kepimpinan kepada Danial Hakim.

Sesungguhnya majlis seumpama ini mampu mengeratkan lagi hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi jurusan ini. Selain itu, majlis ini telah meninggalkan kenangan manis dalam kalangan bakal graduan dengan harapan agar laungan “UTM My Home” dan “I am UTM” sentiasa bergema dalam sanubari mereka.

Explore More