November 26, 2024

Search
Close this search box.

Pertandingan Inovasi Kursus Pemikiran Sains & Teknologi Galak Persaingan Sihat Mahasiswa

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan Pertandingan Inovasi                                                                             Kursus Pemikiran Sain dan Teknologi

Sains dan teknologi adalah salah satu ilmu yang berkait rapat dalam kehidupan manusia dan sebahagian daripada ilmu yang sangat penting bagi mengenali dan lebih mencintai Allah SWT pencipta Agung sekalian alam dan isinya.

Sains dan teknologi juga memberi impak yang besar dalam kehidupan setiap manusia, malah penyalahgunaan sains dan teknologi akan mendatangkan mudarat dan kerosakan kepada alam.

Justeru, pendidikan dan pendedahan awal tentang pemikiran perkembangan sains teknologi dari zaman dahulu sehingga kini serta etika dan garis panduan dalam penyelidikan dan penghasilan teknologi amatlah dituntut dan ditekankan pada masa kini.

Oleh itu, bagi penilaian assessment bagi tugasan pelajar, satu aktiviti ‘Pertandingan Inovasi Kursus Pemikiran Sains & Teknologi’ diadakan sebagai galakan dan motivasi bagi mahasiswa untuk bersaing dan berusaha dalam mempersembahkan hasil kajian dan penciptaan terbaik mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Selain itu, program ini turut dilaksanakan sebagai salah satu medium pendedahan dan penambahan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program ini juga bermatlamat untuk memberi galakan kepada mahasiswa dalam menginovasikan kajian dan penciptaan produk sains dan teknologi melalui thinking skills dan communication skills.

Selain itu juga menanam minat mahasiswa terhadap mata pelajaran “Pemikiran Sains dan Teknologi” serta dapat menyemai dan meningkatkan potensi, keterampilan serta daya usaha mahasiswa untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan dan penilaian.

Dua kumpulan terbaik terdiri dari pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan                                                                 Fakulti Kejuruteraan Komputer

Pertandingan Inovasi Kursus Pemikiran Sains & Teknologi (UHIT 2302) diadakan selama dua hari iaitu pada 02 dan 03 Disember 2019 bertempat di dewan al-Marbawiy, blok S45. Pertandingan adalah anjuran Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM melibatkan hampir 200 orang pelajar daripada pelbagai fakulti yang mana terdiri dari 30 kumpulan.

Dua kumpulan terbaik dipilih oleh juri yang terdiri pelajar daripada kumpulan Sekolah Kejuruteraan Mekanikal yang menginovasikan produk halal scanner dan kumpulan Sekolah Komputeran yang menginovasikan projek holter monitor.

Explore More