November 22, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Training of Trainers Anjuran FSSH Persediaan bagi Kursus Falsafah dan Isu Semasa

Perserta Bengkel Training of trainers Kursus Falsafah dan ISu Semasa
Perserta Bengkel Training of trainers Kursus Falsafah dan Isu Semasa

Bermula sesi pengajian 2019/2020, dua kursus wajib baharu diperkenalkan di universiti awam iaitu kursus Falsafah dan Isu Semasa serta Penghayatan Etika dan Peradaban. Kedua-dua kursus ini wajib diambil oleh mahasiswa dalam tempoh pengajian mereka di universiti sebagai prasyarat graduasi. Kursus ini merangkumi pengenalan terhadap ilmu falsafah yang turut mencakupi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan.

Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Menerusi kursus ini juga, pelajar diharapkan akan mampu melihat pelbagai disiplin ilmu sebagai suatu ‘body of knowledge‘ yang komprehensif dan saling berkait antara satu sama lain.

Usaha mewajibkan kursus Falsafah dan Isu Semasa ini bertepatan dengan hala tuju pendidikan negara yang memfokuskan kepada agenda reformasi pendidikan di Malaysia yang antaranya menekankan pendidikan berteraskan nilai dan kemanusiaan.

Yang Berusaha Dr. Amran Muhammad, Ketua Penyelaras Kursus Falsafah dan Isu                                              Semasa Kementerian Pendidikan Malaysia

Justeru, satu bengkel  Training of trainers dianjurkan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan dan pemahaman serta latihan kepada para pensyarah tentang kursus dan persediaan mengajar kursus Falsafah dan Isu semasa yang akan mula dilaksanakan pada semester dua sesi 2019/2020.

Bengkel ini berlangsung selama satu hari dengan menjemput Yang Berusaha Dr. Amran Bin Muhammad selaku Ketua Penyelaras Jawatankuasa Kursus Falsafah dan Isu Semasa Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan penerangan dan perisian berkenaan dengan kursus tersebut. Seramai hampir 40 orang pensyarah yang terlibat dalam menjayakan bengkel tersebut.

Explore More