Februari 14, 2025

IMG

UTM-AirTrunk jalin kerjasama perkasa pembangunan akademik pelajar

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Majlis Penandatanganan Surat Perjanjian (LoA) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan AirTrunk Malaysia Sdn. Bhd. (AirTrunk) berlangsung pada 13 Februari 2025 sebagai tanda persetujuan dalam memperkasa inisiatif kerjasama antara kedua-dua pihak dalam program penajaan pengajian pelajar prasiswazah UTM bagi tempoh empat tahun sehingga 2029.

Majlis LoA tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda. Turut disaksikan oleh Vice President & Country Head, Malaysia, Pei Jet Lim dan Pengerusi Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS), Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus.

IMG
MoU yang ditandatangani dalam satu majlis yang berlangsung di Offstage Room, W Hotel, Kuala Lumpur

Prof. Dr. Mohd Shafry merakamkan penghargaan kepada AirTrunk, khususnya kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk dan wakil-wakil yang hadir, yang menjadi simbolik dedikasi bersama dalam memajukan kecemerlangan industri-akademia serta membuka peluang dalam penyelidikan, inovasi dan pendidikan berkaitan kejuruteraan, teknologi dan transformasi digital.

Beliau berkata, UTM melalui UGS sebagai rakan kerjasama utama bersama menjadi penanda aras penyelarasan strategik antara kepakaran akademik dan inovasi industri, yang akan memacu kemajuan dalam infrastruktur digital serta penyelesaian teknologi peringkat antarabangsa.

Sesi perbincangan antara UTM dan AirTrunk

Melalui LoU yang ditandatangani ini, AirTrunk secara rasmi menaja dua pelajar prasiswazah UTM dengan jumlah biasiswa sebanyak RM60,000.00 selama 3 tahun pengajian.

AirTrunk merupakan merupakan syarikat bertaraf antarabangsa dan sebagai penyedia pusat data berskala besar yang beroperasi di beberapa negara seperti Australia, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Malaysia. AirTrunk menyediakan infrastruktur pusat data yang berskala besar, cekap tenaga, dan berdaya tahan tinggi untuk memenuhi keperluan syarikat teknologi global, termasuk penyedia perkhidmatan awan (cloud) dan syarikat internet.

Dengan kerjasama ini juga, UTM dan AirTrunk akan membuka lebih banyak peluang untuk memperkaya pembangunan pelajar melalui lawatan industri, bimbingan, dan kerjasama penyelidikan.

Selain itu, UTM dan AirTrunk juga merancang untuk melaksanakan projek komuniti melalui SULAM yang akan menggabungkan sumber dan kepakaran kedua-dua pihak bagi menangani permasalahan di kalangan komuniti yang dipilih.

Robin Khuda di dalam ucapannya menyatakan agar segala komitmen yang bakal ditunjukkan UTM mampu meningkatkan penambahbaikan dari segi kualiti graduan khusus dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi dan inovasi yang dinamik.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi UGS, Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Arsat.

IMG
Sesi bergambar wakil UTM dan AirTrunk

Oleh Nurul Diana Kayat, Penolong Pendaftar UGS KL

Explore More