Disember 9, 2024

Search
Close this search box.
n

Fiesta Warga UTM 2024 kukuh silaturahim dan semangat kekeluargaan

JOHOR BAHRU, 7 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program “Fiesta Warga UTM 2024” bertempat di Taman Tropika, Tasik Ilmu dan Padang Utama, UTM Johor Bahru. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga UTM melalui pelbagai acara yang menyatukan staf akademik dan bukan akademik dalam suasana santai.

n
Kemeriahan staf di sekitar Taman Tropika

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, menyatakan kegembiraan beliau dengan penyertaan seramai 1,520 warga UTM yang hadir untuk memeriahkan acara ini. Menurut Datuk Naib Canselor, “Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga mewujudkan suasana kondusif di mana kita semua dapat berkumpul dan berseronok. Semangat ‘We Are Family’ harus diperkasa bagi membentuk komuniti yang dinamik dan berdaya saing.” 

Datuk Naib Canselor juga menekankan bahawa acara seumpama ini perlu diteruskan dan diperkukuh supaya semua warga universiti dapat menikmati masa bersama dengan penuh kegembiraan. “Mungkin kita tidak mengenali semua, tetapi melalui acara seperti ini, kita dapat lebih mengenali dan menghargai antara satu sama lain. Semoga ikatan ini akan terus kukuh dan mewujudkan persekitaran kerja yang bahagia dan harmoni,” tambah beliau.

n
Datuk Naib Canselor dalam ucapan perasmian menekankan semangat ‘We Are Family

Fiesta ini menampilkan lapan permainan menarik, antaranya Kayak Bergilir, Tug of War, eSports Clash, Sukaneka Rakyat, Treasure Hunt, Iron Chef, Galah Panjang, dan Karaoke Kreatif. Setiap permainan disertai oleh rumah sukan yang bersaing secara sihat dan kreatif, membina semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara warga universiti. Acara cabutan bertuah yang menawarkan lebih 100 hadiah turut memeriahkan suasana dan memberikan keterujaan kepada para peserta dengan sumbangan hadiah daripada universiti dan Persatuan-Persatuan di UTM seperti Kesatuan Kakitangan Am (KKA), Persatuan Kakitangan Akademik (PKA), Badan Kebajikan Staf (BAKES), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS), serta Persatuan Kakitangan Bukan Akademik (PERKABA).

n
Datuk Naib Canselor turut menyertai aktiviti senamrobik bersama staf
n
Salah satu acara yang dipertandingkan, Kayak Bergilir

Keseluruhannya, Fiesta Warga UTM 2024 bukan sekadar acara santai tetapi merupakan satu platform yang memperkasa semangat kekeluargaan dan membentuk komuniti yang lebih erat di kalangan warga UTM.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Pendaftar, Puan Hajah Nor Azizah Ismail; Bendahari, Hj. Abu Bakar Mohd Salleh @ Ahmad; Ketua Pustakawan, Puan Nor Asikin Mohamad; Pengarah Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat (OSCA), Prof. Madya ChM. Dr. Che Rozid Mamat, dan Pengarah Pejabat Perkhidmatan Digital (UTM Digital), Nik Kamal Izuddin Nik Ibrahim.

n
Dari kiri: Nik Kamal Izzudin Nik Ibrahim, Nor Asikin Mohamad, Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Hjh. Nor Azizah Ismail, Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Hj. Abu Bakar Mohd Salleh@Ahmad, Prof. Madya ChM. Dr. Che Rozid Mamat

Explore More