Disember 3, 2024

Search
Close this search box.
iOS

Gotong-Royong Perdana pupuk nilai sayang kepada aset UTM

JOHOR BAHRU, 28 Okt – Lebih 300 orang peserta telah memberi sokongan dan komitmen dalam siri program Gotong-Royong Perdana pada 27 Oktober 2024 yang melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Aset (BPA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) ini bertemakan ‘Saya Sayang Aset UTM’, bertujuan untuk memupuk nilai sayang terhadap aset universiti dan memelihara kelestariannya.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, dengan kehadiran pegawai kanan universiti termasuk Pendaftar UTM, Pn. Nor Azizah Ismail; Bendahari UTM, Tn. Hj. Abu Bakar Mohd. Salleh; dan juga Pengerusi BPA, Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan secara serentak oleh setiap PTJ, seperti kerja-kerja pembersihan, pembasmian tempat pembiakan nyamuk, keceriaan landskap, kerja mengecat, serta pembaikan kerosakan kecil.

gimik perasmian
Perasmian oleh Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bersama Pn. Nor Azizah, Tn. Hj Abu Bakar, dan juga Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin

Selain itu, wakil-wakil PTJ juga menanam pokok di sekitar Dataran Agora, selaras dengan usaha untuk menghijaukan kampus dan menyokong SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat). Aktiviti ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan terhadap persekitaran tetapi juga menonjolkan semangat gotong-royong yang bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara warga kampus malah turut menyumbang kepada kesihatan fizikal mereka melalui aktiviti yang melibatkan pergerakan badan.

wakil ptj diberikan tugas penanaman pokok
Tugasan menanam pokok di sekitar Dataran Agora oleh Wakil PTJ
Warga kampus ceria melaksanakan gotong royong
Warga kampus ceria melaksanakan gotong-royong

Program gotong-royong ini membuktikan bahawa kolaborasi dan semangat keprihatinan warga kampus mampu menghasilkan perubahan positif, meningkatkan kelestarian aset, serta menanamkan rasa sayang terhadap aset universiti. Ini juga selari dengan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), yang menggalakkan persekitaran yang lestari dan mampan untuk komuniti. Program gotong-royong ini membuktikan bahawa kerjasama dan komitmen warga kampus dapat menghasilkan perubahan positif dan menerapkan nilai sayang terhadap aset UTM.

Gotong royong turut dilaksanakan di PTJ masing masing
Gotong royong turut dilaksanakan di PTJ masing-masing
Kerja pembersihan di PTJ masing masing
Kerja pembersihan di PTJ masing masing
Gambar-gambar sepanjang program boleh diakses di laman Facebook Bahagian Pengurusan Aset, JTNCP

Explore More