Oktober 11, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at dccd

JOHOR BAHRU, 29 Jul. – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melaksanakan sebuah program perpindahan ilmu yang berfokuskan penggunaan alat bantu digital dalam aktiviti analisa dan pelaporan pelajar di sekolah menggunakan aplikasi Google. Program ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 28 dan 29 Julai 2024, bertempat di Makmal Komputer, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru.

Program yang diketuai oleh En. Hairudin bin Abdul Majid ini, telah berjaya menarik penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari kalangan guru dan pentadbir dari sekolah berkenaan. Dengan kerjasama dan sokongan yang padu daripada Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkasa para pendidik dengan kemahiran digital yang mampu mereka gunakan dalam mempermudah aktiviti analisa dan pelaporan, dalam rutin kerja harian di sekolah.

WhatsApp Image at cd
Peserta mendengar taklimat dengan penuh perhatian

Ketua penceramah, Ts. Mohd Hazri bin Ishak bersama ahli projek merangkap fasilitator program, iaitu Prof. Madya Dr. Azurah bte A. Samah, En. Mohmad Azmi bin Latonak @ Ismail, Cik Faezah binti Zianalabiden, Cik Hasnah binti Musim, dan Pn. Ruzanah binti Sahudi, telah berjaya menyampaikan ilmu dan kemahiran, serta panduan komprehensif yang sangat berguna melalui dua modul utama, yang mana modul pertama memberikan penekanan kepada teknik asas aplikasi Google Sheets, manakala modul yang kedua pula membimbing para peserta dalam aktiviti penjanaan sijil dan dokumen secara automatik menggunakan aplikasi Autocrat.

WhatsApp Image at eee
Peserta giat menyaring data berdasarkan teknik color coding
WhatsApp Image at b
Antara fungsi dan teknik simpanan data yang didedahkan kepada peserta

Majlis penutup program ini telah dihadiri oleh Puan Hajah Normala binti Ismail, Pengetua SMKA Johor Bahru, pada hari kedua program. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan yang tinggi kepada Fakulti Komputeran UTM atas inisiatif dan usaha pihak UTM dalam meningkatkan kemahiran digital kepada para pendidik di sekolah beliau. Beliau juga sangat mengharapkan kerjasama yang berpanjangan dari pihak UTM dapat membantu mengekalkan kecemerlangan sekolah.

WhatsApp Image at a x
Penglibatan para peserta yang terdiri dari kalangan guru bersama ahli jawatankuasa dari UTM

Di akhir program, para peserta telah menerima dua buah buku modul bertajuk “Teknik Asas Aplikasi Google Sheets” dan “Jana Sijil Automatik Dengan Autocrat”. Dengan penganjuran program sebegini, Fakulti Komputeran UTM telah membuktikan komitmen mereka dalam mendukung kemajuan teknologi pendidikan di Malaysia.

WhatsApp Image at b
Peserta gembira menerima dua buah buku modul setiap seorang

Program ini diharapkan dapat memberikan impak positif dan berterusan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan melalui penggunaan teknologi digital yang efektif.

Explore More