November 22, 2024

Search
Close this search box.
Muka Depan

UTM antara wakil UA terlibat dalam Pasukan Kajian Penilaian Outcome

KUALA LUMPUR, 24 Ogos Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan pendidikan tinggi negara apabila terpilih sebagai wakil universiti awam untuk menyertai Bengkel Kerja Kajian Penilaian Outcome Kementerian Pendidikan Tinggi Siri 1 Tahun 2024. Bengkel ini berlangsung dari 22 hingga 24 September 2024 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur, dan melibatkan lima agensi terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Seramai 10 orang staf dari Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP), yang diketuai oleh Pengerusi BPA, Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa telah menyertai bengkel ini.

WhatsApp Image at PM
Penerangan gerak kerja oleh Pengerusi BPA selepas selesai taklimat oleh penceramah pada hari pertama bengkel

Projek UTM untuk menaik taraf fakulti, asrama dan bangunan sokongan di kampus UTM Johor Bahru, merupakan sebahagian daripada Projek Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Tahun 2020 telah dipilih oleh KPT sebagai kajian kes utama. Pemilihan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen UTM untuk menjadi peneraju dalam pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur pendidikan yang berkesan, tetapi juga menekankan pentingnya hasil yang memberi impak signifikan kepada komuniti universiti.

KPO
Pengisian Kerangka Penilaian Outcome pada hari kedua

Bengkel ini bertujuan untuk menilai pencapaian dan keberhasilan projek di bawah Belanja Pembangunan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), dengan memberi penekanan kepada hasil dan impak yang dicapai. Selain UTM, agensi lain yang turut terlibat dalam bengkel ini adalah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Politeknik Besut, dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Penyertaan UTM dalam kalangan agensi-agensi ini mengukuhkan peranan universiti sebagai peneraju dan rakan strategik dalam memantapkan pembangunan sektor pendidikan tinggi negara.

WhatsApp Image at PM
Peserta bengkel yang terlibat 

Peningkatan fasiliti di UTM dijangka memberikan keselesaan kepada pelajar, secara langsung akan menyumbang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Dengan suasana pembelajaran yang selesa, pelajar dapat memberi tumpuan kepada akademik, yang akhirnya dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka. Selain itu, penambahbaikan ini juga berpotensi untuk meningkatkan kedudukan UTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus menarik perhatian pelajar-pelajar luar negara dan mengukuhkan kedudukan universiti di arena global.

WhatsApp Image at PM
Pengerusi BPA membentangkan kerangka penilaian outcome

Kehadiran pasukan UTM menunjukkan dedikasi universiti dalam memastikan keberhasilan projek pembangunan dapat dicapai sepenuhnya, selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kemudahan untuk para pelajar dan kakitangan. Dengan pelaksanaan projek ini, UTM bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai institusi pendidikan yang unggul dan berkualiti di Malaysia.

WhatsApp Image at AM ()
Peserta bengkel bergambar kenangan bersama urusetia KPT dan penceramah pada hari terakhir bengkel siri 1

Explore More