September 18, 2024

Search
Close this search box.
afddd f ad bea edbc

Lawatan ke MBPJ & UPM: Mantapkan capaian sistem & teknologi hijau

PETALING JAYA, 8 Ogos – Dalam usaha memperkukuh penggunaan sistem capaian sebagai medium utama dalam proses kerja serta mempromosikan inisiatif teknologi hijau, delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan ini memberi fokus kepada perkongsian mengenai penggunaan sistem pintar di MBPJ dan tenaga solar di UPM, yang dilihat sebagai langkah penting dalam memajukan serta memantapkan peranan Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) di UTM.

Delegasi UTM yang diketuai oleh Pengerusi BPA, YBrs. Prof. Madya Sr Dr. Tajul Ariffin Musa, memulakan lawatan ke MBPJ, yang telah diiktiraf sebagai Bandar Paling Bahagia 2024. Sebagai bandar raya pintar yang berteraskan Pelan Strategik Bandaraya ‘Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030’, pegawai MBPJ telah memberikan taklimat berkaitan sistem yang digunakan dalam pengurusan perolehan, trafik yang efisien, kawalan penggunaan tenaga, dan pengurusan sisa pepejal. Sistem ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan operasi bandar, tetapi juga mengurangkan impak alam sekitar melalui pengoptimuman sumber dan pengurangan jejak karbon.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon menyatakan, “Penggunaan sistem pintar ini mencerminkan komitmen MBPJ dalam memimpin pembangunan bandar pintar di Malaysia. Kami berharap sistem ini dijadikan model oleh bandar-bandar lain di seluruh negara.”

 

n
Pengerusi BPA di MBPJ
cffdbc e e e cefce
Datuk Bandar Petaling Jaya menyantuni lawatan UTM ke MBPJ serta memberi taklimat kepada delegasi
n
Sesi taklimat dan perkongsian kepakaran oleh Pegawai MBPJ
cbe fab b aa abcda
Video pencapaian dan kejayaan MBPJ dipertontonkan kepada delegasi UTM
n
Pegawai pengurusan MBPJ turut hadir semasa sesi taklimat

Seterusnya, lawatan penanda aras diteruskan ke UPM dengan fokus kepada proses perolehan dan pengurusan tenaga solar di universiti tersebut. UPM kini mempunyai salah satu loji tenaga boleh diperbaharui terbesar di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia, yang mampu membekalkan sebahagian besar keperluan elektrik kampus.

ecdd ee fa bc aedccd
Sambutan oleh En. Mohd Sopian bin Mohd Zin, wakil Pengarah Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM

Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir menegaskan, “Tenaga solar di UPM bukan sahaja membantu mengurangkan kos tenaga, malah menyumbang kepada usaha global untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga fosil. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi UPM dalam mencapai matlamat kelestarian.”

b e aca aab dddf
Sesi taklimat disampaikan oleh Tuan Hj. Ideris bin Hadzir
ace ebf ab c
Delegasi UTM di tapak “Floating Solar” di UPM

Lawatan ini diakhiri dengan sesi perbincangan dan pertukaran pandangan yang produktif antara kedua-dua pihak. Secara keseluruhannya, kedua-dua institusi bersetuju bahawa kerjasama kepakaran antara pelbagai pihak adalah kunci untuk mencapai kemajuan yang lebih besar dalam pembangunan teknologi hijau di Malaysia.

afcd fce dd bca eafbec
Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir

Seksyen Kontrak dan Perolehan, selaku urusetia program, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak di Bahagian Pengurusan Aset yang terlibat, termasuk Seksyen Perkhidmatan, Seksyen Kelestarian & Keindahan Kampus, Seksyen Penyenggaraan, Fasiliti & Infrastruktur, serta Seksyen Pengurusan Harta Tanah. Semoga lawatan penanda aras ini dapat mempereratkan lagi kerjasama dalam merealisasikan inisiatif yang telah dirancang.

Disediakan oleh: Afendi bin Osman

Explore More