Disember 6, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

Inisiatif Hijau: 60 Staf Jabatan Perpustakaan UTM sertai program ‘Green Walk and Plogging’

JOHOR BAHRU, 14 Ogos – Seramai 60 kakitangan Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terlibat dalam Program ‘Green Walk and Plogging’ yang berlangsung pagi tadi. Program yang berjalan selama dua jam ini melibatkan pembersihan kawasan parkir utama Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Tasik Ilmu UTM.

Pengarah Program, Mohammad Fikri Yusof berkata, program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada staf Jabatan Perpustakaan melakukan senaman fizikal sambil mengutip sampah, serta menjaga keseimbangan alam sekitar.

AA
Taklimat ringkas dan sesi regangan di hadapan bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) sebelum sesi plogging anjuran Jabatan Perpustakaan
AA
Ketua Pustakawan UTM, Puan Nor Asikin Mohamad (kiri), menyertai program ‘Green Walk and Plogging’ anjuran Jabatan Perpustakaan ini

Menurut beliau, “Selain memberi ruang untuk beriadah dan mengeratkan sillaturahim antara satu sama lain, aktiviti ini juga membolehkan kami membantu menjaga kebersihan kawasan universiti.” Beliau menambah, “Program ini, jika dilihat dari sudut tersirat, mampu menyedarkan staf tentang pentingnya mengekalkan kebersihan kawasan universiti, sekali gus memupuk budaya unggul dalam kalangan warga kampus.”

Program ini dimulakan dengan aktiviti regangan dan riadah, diikuti dengan kutipan sampah di kedua-dua kawasan yang disebutkan. Sebanyak 20 kg sisa dosmetik telah dikumpulkan, kebanyakannya terdiri daripada botol plastik dan polisterin bekas makanan yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

AA
Kakitangan Jabatan Perpustakaan mengutip sampah sambil beriadah
AA
Sampah yang telah berjaya dikumpulkan sepanjang program ini

Pengarah program juga memaklumkan, “Kami tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan program serupa pada masa akan datang sebagai sebahagian dari inisiatif sokongan kepada salah satu nilai teras UTM, iaitu kelestarian. Jabatan Perpustakaan sentiasa menggalakkan staf melakukan aktiviti fizikal bagi menjaga kesihatan tubuh badan di samping memelihara kebersihan alam sekitar untuk kesihatan yang lebih seimbang.”

Aktiviti penjagaan alam sekitar dan kesihatan ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ketiga, Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, serta SDG ke-15, Kehidupan di Daratan.

AA
AA
Bergotong-royong membersihkan sampah di Tasik Ilmu

Explore More