Julai 7, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at PM

UTM sasar perkasa fasiliti ramah OKU melalui lawatan penanda aras ke UMPSA

PAHANG, 1 Julai – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa mengambil berat keperluan fasiliti rekabentuk Universal dan mesra OKU. Dibawah enVision 2025 Universiti telah memperuntukan bajet bagi penyediaan fasiliti universal. Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan sesi lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)  bagi melihat penambahbaikan yang telah dilaksanakan disana termasuk penyediaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Dasar Ekosistem Mesra OKU (DAMAi) yang memberi manfaat kepada pelajar Universiti, Staf dan juga komuniti setempat.

WhatsApp Image at PM
Van mobiliti yang direka khas bagi tujuan penggangkutan OKU berkeperluan khas.
WhatsApp Image at PM
Sesi demo van mobiliti.

Delegasi UTM yang diketuai oleh Pengerusi BPA, YBrs. Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa telah disambut oleh Unit Perkhidmatan OKU UMPSA. Taklimat berkenaan penubuhan, aktiviti dan pencapaian Unit OKU UMPSA diberikan sebelum sesi lawatan diteruskan. Delegasi UTM dibawa melawat ke persekitaran kampus UMPSA untuk melihat fasiliti oku yang disediakan di UMPSA termasuk ruang P&P, studio bagi aktiviti pemulihan, fasiliti asrama serta fasiliti tambahan merangkumi tempat letak kereta oku, laluan, rumah berkeluarga OKU dan tandas OKU.

WhatsApp Image at AM
Delegasi UTM dibawa melawat ke Studio Pemulihan PPDK Damai, sesi taklimat disampaikan oleh wakil Unit Perkhidmatan OKU.
WhatsApp Image at AM
Lawatan fasiliti kemudahan OKU di Kolej Kediaman.

Lawatan penanda aras ini menjadi titik tolak kepada penyediaan dan penambahbaikan fasiliti mesra OKU yang lebih baik dan secara langsung meningkatkan pemahaman, kesedaran, dan empati terhadap individu yang mempunyai keupayaan berbeza. Di samping itu, lawatan ini juga membantu dalam memahami cabaran dan hambatan yang dihadapi oleh OKU dalam kehidupan mereka seharian dan kepekaan untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi mencipta persekitaran yang inklusif dan membolehkan OKU berkembang dan berpartisipasi sepenuhnya dalam masyarakat.

WhatsApp Image at AM
Sesi soal jawab delegasi UTM berkaitan fasiliti studio yang disediakan.
WhatsApp Image at AM ()
Sesi penerangan oleh wakil Unit Perkhidmatan OKU.
WhatsApp Image at AM ()
Delegasi UTM diberi taklimat berkenaan pembangunan studio pemulihan OKU yang memanfaatkan kepada pelajar dan komuniti setempat.

Seksyen Pembangunan selaku urusetia program mengucapkan jutaan terima kasih di atas sinergi kumpulan projek BPA merangkumi Seksyen Perkhidmatan, Seksyen Kontrak & Perolehan, Seksyen Kelestarian & Keindahan Kampus, Seksyen Penyenggaraan, Fasiliti & Infrastruktur dan yang turut serta Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Semoga fasiliti yang akan ditambah baik ini akan memudahkan dan memberi manfaat kepada  57 orang pelajar OKU yang sedang menuntut di UTM dan menjadikan UTM sebagai tempat yang lebih inklusif dan ramah OKU. Melalui penambahbaikan fasiliti ini diharap juga akan memberi banyak kemudahan dan sokongan bagi mereka untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.

WhatsApp Image at AM
Delegasi UTM diberi taklimat berkenaan pembangunan studio pemulihan OKU yang memanfaatkan kepada pelajar dan komuniti setempat.
WhatsApp Image at AM ()
Delegasi UTM diberi taklimat oleh wakil Unit Perkhidmatan OKU Cik Nurul Izzah Abu Bakar.
WhatsApp Image at AM ()
Sesi penyerahan cenderahati sebagai tanda kenangan UTM kepada OkUMPSA.
WhatsApp Image at PM
Delegasi UTM bergambar kenangan bersama salah sorang waris yang menjaga anak OKU yang melanjutkan pengajian di UMPSA. Rumah ini dikhaskan utk pelajar dan warisnya tinggal sebumbung sepanjang pengajian.
WhatsApp Image at PM
Unit kediaman berkeluarga yang dikhaskan kepada pelajar dan warisnya yang memerlukan penjagaan khas sepanjang tempoh pengajian.

Explore More