Oktober 11, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

UTM ambil langkah tepat lancar Kempen Larangan Plastik Sekali Guna

JOHOR BAHRU, 11 Jul – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil langkah yang tepat dalam mengorak langkah melancarkan Kempen Larangan Beg Plastik Sekali Guna yang kini dilaksanakan secara konsisten di semua premis menjual makanan dan minuman dalam kampus universiti ini.

Pelaksanaan kempen ini dijalankan secara beransur-ansur di semua premis penjualan makanan dalam kampus UTM selama sebulan (bermula 1 Julai hingga 31 Julai) sebelum berkuatkuasa sepenuhnya bermula 1 Ogos 2024.

Exco Kelestarian Majlis Perwakilan Pelajar UTM (MPP UTM), Nurul Syahirah Mohd Rosli berkata mahasiswa UTM secara keseluruhannya menyokong tindakan universiti ini dalam melancarkan kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna.

WhatsApp Image at
Seorang mahasiswa UTM menunjukkan bekas makanan yang digunakan untuk membungkus makanan yang dibeli di arked makanan UTM. Penggunaan bekas makanan seperti ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dan juga polisterine yang dapat mencemarkan alam sekitar.

”Tindakan ini amat tepat dan wajar untuk dikuatkuasakan memandangkan kesan buruk yang ditimbulkan oleh bahan plastik yang sememangnya memudaratkan alam sekitar.

”Jika tindakan ini tidak diambil sekarang maka ia akan menjadi bertambah buruk lagi di masa hadapan. Mahasiswa yang kini penuntut universiti bakal menamatkan pengajian dan menjadi pemimpin di masa hadapan dan sekiranya masalah ini berlanjutan maka kami yang bakal memimpin negara pada masa hadapan juga tidak boleh terlepas dari menanggungnya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh Pejabat Pelestarian Kamp

WhatsApp Image at
Bermula dari 1 Ogos 2024 setiap penggunaan beg plastik di arked makanan UTM akan dicaj kepada pelajar.

us (UTMCS) di pejabat MPP UTM di Bangunan Persatuan Pelajar, kampus Johor Bahru petang tadi.

UTM kini sedang aktif menggerakkan Kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna selama sebulan bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2024 sebelum menguatkuasakan peraturan mengenakan caj tambahan bagi setiap penggunaan plastik bagi tujuan pembungkusan makanan dan minuman yang dijual di premis makanan universiti itu.

”Secara peribadinya saya tidak melihat isu ini sebagai satu cubaan untuk menekan mahasiswa dengan mengenakan caj kepada penggunaan plastik sekali guna ini memandangkan golongan ini mempunyai kemampuan kewangan yang terhad.

”Mahasiswa juga akan keluar dan menjadi sebahagian dari komuniti apabila mereka tamat pengajian kelak dan sudah sememangnya mereka patut diberikan kesedaran tentang bahaya pencemaran alam sekitar oleh bahan plastik sekali guna ini,” katanya lagi.

WhatsApp Image at
Kempen Larangan Beg Plastik Sekali Guna (Single Use Plastic) berlangsung selama sebulan bermula 1-31 Julai 2024 sebelum kampus akan beralih sepenuhnya kepada bebas penggunaan plastik sekali guna.

Menurut Shahirah lagi mahasiswa boleh mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan dikenakan caj tambahan ini dengan membawa bekas makanan dan minuman masing-masing sekiranya ingin membungkus (take away) makanan dari arked makanan dalam kampus.

”Bekas makanan dan minuman ini boleh didapati dari UTMart yang terletak di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dengan harga yang berpatutan.

”Tabiat membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan yang dibeli dapat membantu mengurangkan penggunaan polisterin dan plastik yang terbukti mencemarkan kesihatan dan alam sekitar,” katanya lagi.

Kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna ini adalah bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang juga selari dengan SDG No. 11 (Bandar dan Komuniti Lestari), SDG No. 14 (Kehidupan Bawah Air) dan juga SDG No. 15 (Kehidupan di Daratan).

Explore More