Oktober 18, 2024

Search
Close this search box.
Feature Image

Lawatan penanda aras pendigitalan Dewan Sultan Iskandar UTM

KUALA LUMPUR & KEDAH, 18 Jul. – Sinergi antara Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) bersama Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah menjalankan lawatan ke Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 16 dan 17 Julai 2024.

Sesi penghargaan kepada En. Firoz Khan Mohd Yunus, Ketua Perkhidmatan Teknikal, Dewan Filharmonik PETRONAS.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau sistem teknologi audio dan video yang digunakan di dewan komersial serta dewan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai fungsi serupa dengan Dewan Sultan Iskandar (DSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sesi taklimat kepada delegasi UTM di DFP.

Selain itu, peserta lawatan yang terdiri daripada pasukan kerja projek naik taraf DSI, yang diketuai oleh Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Arifin Musa, dapat melihat secara langsung konsep unik di DFP KLCC dari segi reka bentuk seni bina yang boleh dijadikan inspirasi untuk reka bentuk dalaman DSI.

Senibina unik DFP daripada sudut pandangan hadapan.
Rekabentuk pentas utama dewan filharmonik menggunakan material timah yang sumber diambil dari Malaysia.
Balkoni dan lounge tempat duduk penonton.
Bahagian hadapan sudut pandangan daripada balkoni.
Bahagian belakang sudut pandangan daripada balkoni.
Antara senibina lain yang boleh menjadi inspirasi
Antara inspirasi senibina.
Lawatan ke studio rakaman DFP
Lawatan ke studio rakaman DFP.
Pengarah Seksyen Penyenggaran dan Fasiliti Infrastruktur (SPFI) En. Mohd Ishamuddin Md Kusmin mencuba sistem audio.
Sesi lawatan ke DFP tamat dengan penghargaan kepada En Syazwan Arif Business & Strategic Relations Management Department
Sesi lawatan ke DFP tamat dengan penghargaan kepada En. Syazwan Arif (Business & Strategic Relations Management Department / Jabatan Pengurusan Perhubungan Strategik dan Perniagaan).
UUM menjadi pilihan bagi lawatan ini disebabkan oleh projek naik taraf dewan yang sedang rancak dilaksanakan oleh mereka melibatkan kerja naik taraf sistem audio dan video.
Penghargaan kepada pengurusan JPPI UUM, (dari kiri) Pengarah JPPI LAr. Norani Abu Seman, Timbalan Pengarah JPPI Mohd Suhaili Rejab, Pengerusi BPA UTM Prof. Madya Dr Sr. Tajul Ariffin Musa, Pengarah SPFI BPA UTM En. Mohd Ishamuddin Md Kusmin.
Lawatan ke tapak projek naiktaraf Dewan Muadzam Shah UUM.
Sesi taklimat berkenaan kerja naiktaraf dewan di Dewan Muazam Shah UUM
Sesi taklimat berkenaan kerja naik taraf dewan di Dewan Muadzam Shah UUM.
Pembinaan lif baru di Dewan Muadzam Shah.
Staf teknikal UUM dan UTM berkongsi maklumat teknikal berkenaan rekabentuk sistem audio dan video.
Laluan catwalk di atas Dewan Muadzam Shah UUM
Laluan catwalk di atas Dewan Muadzam Shah UUM.
Suasana dalam Dewan Tan Sri Othman UUM.
Perbincangan teknikal rekabentuk sistem videowall di Dewan Tan Sri Othman UUM.
Perbincangan teknikal dalam bilik kawalan Dewan Muadzam Shah
Perbincangan teknikal dalam bilik kawalan Dewan Muadzam Shah.

Delegasi UTM juga mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dalam pengurusan pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti bersama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI), UUM. Banyak maklumat dan pengalaman berharga yang dapat dikongsi dan dibawa pulang untuk penambahbaikan bagi kedua-dua pihak.

Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat pengurusan pembangunan dan penyenggaraan kampus.
Sesi perbincangan bersama pengurusan JPPI UUM dan BPA UTM
Sesi perbincangan bersama pengurusan JPPI UUM dan BPA UTM.
Sesi taklimat sistem audio dan video oleh Ketua Unit Elektronik En. Ir. Firdaus Hakim Jalaludin.

Pihak UTM sangat berbesar hati dengan sambutan baik yang diterima daripada semua pihak di DFP dan UUM. Diharapkan kerjasama erat seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Explore More