Disember 19, 2024

WhatsApp Image at

UTMCS dan CIPD tingkatkan kesedaran biodiversiti melalui pertandingan inovasi

JOHOR BAHRU, 1 Jun – Kumpulan BioCite daripada Fakulti Kejuteraan Awam (FKA) melakar kenangan manis apabila muncul Juara tempat pertama di dalam pertandingan Bio-Innovation Competition 2024 anjuran Pusat Inovasi Perancangan dan Pembangunan (CIPD) bersama Pejabat Pelestarian Kampus UTM (UTMCS).

Menyusuri di tempat kedua adalah kumpulan IEEE UTMKL SB (Malaysia-Japan International Institute of Technology(MJIIT)) diikuti dengan ACE SPF (Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga (FKT)) dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM350.00 bagi tempat pertama, RM200.00 diikuti dengan RM100.00 bagi tempat ketiga.

Pengarah Program. Dr. Ak Mohd Rafiq Ak Matusin berkata pertandingan ini diadakan bersempena dengan UTM Biodioversity Week 2024 dan juga sebagai salah satu cara untuk menampilkan beberapa inovasi biodiversiti bagi menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar. Pertandingan inovasi pemuliharaan bioversiti ini buat pertama kalinya diadakan di Universiti.

WhatsApp Image at

Beliau ditemui selepas menghadiri mengiringi acara penyampaian hadiah oleh Pengarah UTMCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din yang berlangsung di Dewan Konvensyen FABU, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Mengulas lanjut mengenai pertandingan ini, Dr. Ak Mohd Rafiq berkata terdapat 24 orang mahasiswa pra dan juga pasca-siswazah dari semua fakulti di UTM menyertai pameran ini bagi menunjukkan inovasi mengikut bidang pengajian masing-masing khasnya menyumbang ke arah pemuliharaan biodiversiti.

”Secara keseluruhan, terdapat 9 kumpulan menyertai pertandingan ini yang mewakili fakulti masing-masing. Kumpulan BioCite mengetengahkan inovasi yang diberikan nama Microbially Induced Calcium Carbonate Precipitation (MICP) digunakan untuk meningkatkan kekuatan tanah dan menghilangkan logam berat. Pendekatan inovatif ini menggunakan mikroba yang diasingkan dari sumber sisa tempatan untuk mendepositkan kalsium karbonat, menghasilkan kestabilan tanah yang lebih baik dan pemulihan logam berat yang berkesan.

WhatsApp Image at
Panel pemeriksa melakukan pemeriksaan kepada setiap booth yang menyertai pertandingan Bio-Diversity Competition 2024 ini. Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini dikehendaki untuk melakukan pembentangan ringkas mengenai inovasi yang dipertandingkan.

 

MICP membantu meningkatkan kestabilan tanah, yang mengurangkan hakisan dan kehilangan habitat semula jadi. Tanah yang lebih stabil menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk flora dan fauna untuk berkembang,” katanya.

Pemenang tempat kedua pula adalah IEEE UTMKL SB yang menonjolkan inovasi yang diberikan nama ‘IOT Hydroponic Monitoring System’.

“Inovasi ini menggunakan pelampung DIY dan sensor aliran yang diinspirasikan oleh Shishi odoshi untuk memastikan bekalan air berterusan bagi tumbuhan, membolehkan pemantauan jarak jauh melalui platform Blynk IoT.

WhatsApp Image at
Kumpulan BioCite dinobatkan sebagai Juara tempat pertama Pertandingan Bio-Diversity 2024 ini dan menerima hadiah kemenangan dari Pengarah UTMCS, Prof. Ir. Dr. Mohd Fadhil Md. Din (kiri sekali) dan juga Pengarah Program, Dr. Ak Mohd Rafiq Ak Matusin (kanan sekali).

 

“Penggunaan sensor aliran membantu dalam mengawal aliran air dengan lebih baik, mengurangkan kemungkinan berlakunya limpahan air yang boleh merosakkan habitat mikro di kawasan sekitar,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga iaitu kumpulan ACE SPF mempertaruhkan inovasi bahan yang dinamakan Lignin Organosoly yang diekstrak dari hampas tebu menggunakan pelarut hijau.

WhatsApp Image at ()
Pemenang tempat kedua iaitu kumpulan IEEE UTMKL SB dari MJIIT UTM Kuala Lumpur menerima hadiah kemenangan mereka.

“Lignin ini menunjukkan keupayaan penyerapan UV yang tinggi dan berpotensi untuk dijadikan sebagai pelindung sinaran matahari semulajadi. Dengan menggunakan hampas tebu, yang merupakan sisa pertanian, ia menggalakkan penggunaan semula bahan buangan dan mengurangkan sisa yang dibuang ke tapak pelupusan sekaligus membantu mengurangkan tekanan terhadap ekosistem yang mungkin terjejas oleh pembuangan sisa,” katanya lagi.

WhatsApp Image at ()
Kumpulan ACE SPF dari FKT UTM Johor Bahru mencapai selepas disahkan menang di tempat ketiga.

Explore More