Disember 22, 2024

WhatsApp Image at

CTLD perkasa kemahiran kepimpinan melalui transformasi digital

JOHOR BAHRU, 6 Jun – Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berjaya mengadakan program kepimpinan melibatkan pegawai kanan Universiti termasuklah Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Pendaftar di Dewan Seminar, Bangunan Student Union Building pada 6 Jun yang lalu.

Para peserta mengadakan perbincangan kumpulan

Program berimpak tinggi melibatkan seramai 20 orang peserta ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan serta sebagai usaha berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk melengkapkan para pemimpinnya dengan kemahiran pengurusan strategik yang dinamik bagi mendepani landskap pendidikan tinggi yang kompleks. Sesi pertama bertajuk ‘Negotiation, Change, and Strategic Decision Making’ telah disampaikan oleh mantan Naib Canselor UTM, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli Tan Sri Mohd Ghazali yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Kepimpinan UTM. Dalam sesi yang penuh dengan pelbagai ilmu dan dinamik, YBhg. Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli menekankan mengenai kepentingan kaedah rundingan berkesan dan pengurusan perubahan dalam memupuk budaya kecemerlangan di kalangan para pentadbir dan seterusnya memacu UTM ke arah yang lebih dinamik pada masa depan.

Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali menyampaikan sesi ceramah
Tan Sri Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali menyampaikan sesi ceramah

Pengisian bagi sesi kedua program telah disampaikan oleh Prof. Dr. Naomie Salim yang selanjutnya menghurai peranan kritikal memahami kecerdasan buatan (AI) bertajuk ‘Understanding AI, Data Science and its Use in Universities’. Para peserta juga begitu bersemangat mempelajari teknik penggunaan AI apabila sesi diteruskan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan Othman dengan slot bertajuk ‘How AI Tools Can Be Used by Academic Managers’.

Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim turut mengikuti sesi kursus
WhatsApp Image at
Dr. Asyakireen Samsudin (Urusetia) memberikan taklimat program

Ketiga-tiga penceramah berjaya membawa peserta menghayati setiap tajuk yang disampaikan berdasarkan pengalaman luas mereka masing-masing. Peserta terlibat dalam sesi interaktif dan latihan praktikal yang direka untuk meningkatkan keupayaan pemikiran strategik serta pembuatan keputusan. Program ini juga memupuk persekitaran kolaboratif, membolehkan para pegawai kanan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.

CTLD terus komited memainkan peranan penting dalam membentuk pemimpin masa depan UTM, memastikan mereka dilengkapi dengan kompetensi yang secukupnya untuk memacu agenda transformasi digital Universiti pada masa depan.

WhatsApp Image at
Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan Othman berkongsi kaedah penggunaan AI bagi memudahkan tugas Pentadbir Akademik
IMG WA
Puan Nor Azizah Ismail (Pendaftar UTM) bersama tetamu jemputan dan urusetia Jabatan Pendaftar

Disediakan oleh : En. Khairull Azmi Ishak & Dr. Dina Azleema Mohamed Nor

Explore More