November 22, 2024

Search
Close this search box.
IMG

Penerapan pendidikan STEM dan Fun-Learning dalam kalangan pelajar orang asli

Pahang, 21 Mei – Dalam usaha memperkukuhkan pendidikan STEM dan meningkatkan keseronokan hadir ke sekolah dalam kalangan murid orang asli, Kolej Siswa Jaya (KSJ) dengan kerjasama Fakulti Kecerdasan Buatan dan Pejabat Kampus Kelestarian UTMKL dan pihak industri, Thete Edge Berhad telah melaksanakan satu inisiatif untuk mendidik anak-anak luar bandar mengenai pendidikan keselamatan, taklimat literasi maklumat dan digital serta Fun Learning Toy Library (FLTL) di Sekolah Kebangsaan Lemoi, Pahang bermula 21 Mei hingga 23 Mei 2024.

Program yang berlangsung selama 3hari 2malam ini dianjurkan oleh Pejabat Kelestarian UTMKL dengan kerjasama Fakulti Kecerdasan Buatan, Perpustakaaan UTMKL, Seksyen OSHE UTMKL, Kolej Siswa Jaya UTMKL dan Theta Edge Berhad. Seramai 22 orang staf UTMKL sebagai urusetia program, 18 orang pelajar UTMKL, 6 orang rakan industri serta keseluruhan 140 orang murid bersama Tuan Ahmad Saidin Mohamad, Guru Besar dan guru-guru. Turut sama adalah tetamu kehormat En. Muhamadiah Iskandar Mohamed, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh, Pro-Naib Canselor UTM Kuala Lumpur yang turut bersama-sama hadir menjayakan program ini.

IMG
Sesi bergambar seusai majlis perasmian oleh Encik Muhamadiah Iskandar

Program yang dinamakan dengan Memartabatkan Sekolah Orang Asli ini diisi dengan pelbagai aktiviti penyampaian ilmu ke arah meningkatkan pendidikan abad ke 21 seperti taklimat dan demostrasi keselamatan, literasi maklumat dan digital serta pembangunan Fun-Learning Toy Library (FLTL). Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk minat murid-murid orang asli ke arah pendidikan yang lebih menyeronokkan di sekolah dan seterusnya merapatkan jurang dalam ilmu teknologi dan STEM antara pelajar bandar dan luar bandar dengan menyediakan kemudahan seiring zaman.

Kesediaan rangkaian internet dikawasan sekolah dilengkapi dengan pemasangan 10 unit komputer sumbangan oleh pihak Theta Edge Berhad dan ini disusuli dengan aktiviti Literasi Digital oleh mahasiswa UTM. Dalam aktiviti ini, pengenalan kepada peralatan komputer dan diikuti dengan tatacara pencarian maklumat menggunakan komputer telah disampaikan kepada murid-murid tahap 2 dan pengawas Pusat Sumber Sekolah. Keterujaan murid-murid menggunakan internet dalam pencarian maklumat jelas terpancar diwajah mereka dan dengan bimbingan berterusan dari guru Pusat Sumber, murid-murid ini bakal meneroka lebih banyak ilmu terutama dalam bidang sains, teknologi dan STEM menggunakan kemudahan yang disediakan.

IMG
Sumbangan 10 buah unit komputer oleh Theta Edge Berhad kepada pihak sekolah
Mahasiswa UTM menyampaikan taklimat literasi digital
Mahasiswa UTM menyampaikan taklimat Literasi digital
WhatsApp Image at cfbc
Keterujaan murid-murid mencari maklumat dalam talian. 

Keseronokan pembelajaran diteruskan di pra-sekolah SK Lemoi dengan membangunkan ruang Fun Learning Toy Library (FLTL). Program yang menyediakan peralatan permainan menyeronokkan berkonsep pendidikan STEM telah disumbangkan oleh pasukan Adopt a Kampung, Fakulti Kecerdasan Buatan UTMKL juga Prof Ir. Sha’ri Mohd Yusof dan Badan NGO, Dr Habibah Haron dari Khayrin Faqir Resources (KFR) untuk keperluan perabot, alat permainan dan buku-buku. Ini bertujuan bagi menarik minat murid-murid pra-sekolah untuk hadir ke sekolah dengan menerapkan pembelajaran konsepkan permainan.  Kedua-dua aktiviti ini dijalankan bagi untuk menyokong dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke 4 iaitu kualiti pendidikan dan ke 10 iaitu mengurangkan ketidaksamaan dengan memberikan sokongan dan sumber kepada komuniti yang terpinggir​.

Sumbangan peralatan permainan kepada guru pra-sekolah
Penyerahan permainan berbentuk pendidikan STEM kepada guru pra-sekolah
IMG
Keseronokan belajar sambal bermain diterapkan bagi menarik minat hadir ke sekolah
IMG
Setiap murid pra-sekolah diajar cara permainan yang betul

Ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Muhamadiah Iskandar telah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UTM Kuala Lumpur dan THETA Edge Berhad atas kesudian menjalankan program khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Lemoi. Beliau juga turut berkongsi kejayaan dan pencapaian murid-murid orang asli dalam pelbagai bidang sehingga berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Turut berucap, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh yang menyatakan uacpan tahniah atas kesungguhan staf dan pelajar UTM Kuala Lumpur dalam menjayakan inisiatif ini walaupun terpaksa meredah hutan dengan 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Cabaran yang dihadapi ini menunjukkan kesungguhan pihak UTMKL dalam mendekati murid-murid orang asli untuk berkongsi ilmu yang inklusif dan berkualiti terutama dalam bidang digital dan fun-learning.

IMG

Explore More