Julai 27, 2024

Search
Close this search box.
poster succesful negotiation

Kemahiran Perundingan Aset Pentadbir UTM melangkah lebih dinamik

JOHOR BAHRU, 14 Mei  –  Dalam usaha melahirkan pentadbir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mahir dalam aktiviti perundingan, Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Kursus Successful Influencing & Negotiation pada 7 hingga 8 Mei 2024 kepada staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) dan pentadbir akademik (Gred 48 dan ke atas) yang telah dikenalpasti. Kursus di bawah kompetensi Kepimpinan ini merupakan kursus yang dirancang dalam kalender latihan universiti 2024. Objektif kursus ini dilaksanakan bagi membentuk kemahiran staf dalam mencapai kesepakatan (situasi menang-menang) dalam perundingan, memahami teknik-teknik perundingan, memahami personaliti team dan pihak yang dirunding, teknik komunikasi berkesan dan mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif.

Modul Understanding Negotiation
Sesi Perkongsian oleh En. Baiza Zain -Modul 1: Memahami Perundingan

CTLD telah bekerjasama dengan konsultan Fintech Lab Sdn. Bhd. di mana En. Baiza Zain dilantik selaku penceramah utama kursus. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pelaburan termasuklah di Ficus Venture Capital, Maybank dan Amani Holdings. Beliau turut menjadi jurulatih utama bagi program Train the Trainer (ToT), latihan-latihan usahawan di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii). Sebanyak 10 modul diketengahkan antaranya Modul 1: Memahami Perundingan, Modul 2: Persediaan dalam Perundingan, Modul 4: Fasa 1: Pertukaran Maklumat dan Modul 8: Berurusan dengan Situasi yang Sukar. Kursus sepanjang dua (2) hari ini dihadiri oleh seramai 47 orang peserta. Selain daripada sesi perkongsian daripada konsultan, peserta juga didedahkan dengan aktiviti seperti kes kajian, simulasi teknik perundingan dengan ‘menjual produk’, memahami personaliti diri serta fokus dan bijak dalam memahami keperluan dan kehendak pelanggan.

WhatsApp Image at
Slot Energizer: Fokus dalam perbincangan/teknik perundingan

Justeru, dengan penganjuran kursus berimpak ini, adalah diharapkan peserta berupaya melaksanakan teknik dan strategi perundingan yang lebih baik dan berkesan. Kemahiran ini bukan sahaja dapat meningkatkan nilai potensi diri malah membantu universiti mencipta situasi menang-menang antara UTM dengan pihak luar terhadap kepakaran perkhidmatan aset universiti yang ditawarkan.

 

Disediakan oleh: Asyakireen Samsudin dan Khairull Azmi Ishak

Explore More