September 16, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak merasai pengalaman menjalankan ukur utiliti dan ukur hidrografi

JOHOR BAHRU, 23 Mei- Delegasi jemputan daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah diberi peluang merasai pengalaman menjalankan kerja lapangan Ukur Utiliti dan Ukur Hidrografi bersama tenaga pengajar Kejuruteraan Geomatik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Delegasi jemputan ini telah disambut oleh Sr. Gs. Dr. Othman Zainon, Pengarah Geoinformasi; Dr. Wan Anom Wan Aris, Sr. Dr. Norhadija Darwin, Dr. Nurul Izzati Abd Karim, Sr. Dr. Mohamad Hanif Hamden, Sr. Dr. Kelvin Tang Kang Wee dan Sr. Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim.

Lawatan ini telah disertai oleh 15 orang pegawai JTS Sarawak dan diketuai oleh Sr. Ramzi Abdillah, Penolong Pengarah Survei. Pegawai dari JTS Sarawak yang terlibat dalam lawatan ini adalah terdiri daripada latar belakang Ukur Tanah dan Perancang Bandar dan Wilayah.

Picture
Tetamu jemputan berpeluang mengendalikan pemasangan setaf ukur bagi mencerap pasang surut air laut.
Picture
Taklimat menjalankan pengukuran hidrografi telah disampaikan oleh Dr. Mohammad Hanif Hamden (kanan) dan Dr. Kelvin Tang Kang Wee (kiri).

Kursus Ukur Utiliti dan Ukur Hidrografi merupakan salah satu bidang yang menjadi agenda utama oleh JTS Sarawak. Sehubungan itu, dua sesi pengukuran lapangan telah dirangka di bawah program Makmal Satelit Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM-JTS Sarawak iaitu pengukuran utiliti bawah tanah yang telah dijalankan di sekitar UTM dan pengukuran hidrografi yang telah dijalankan di Jeti Pendas, Gelang Patah.

Picture
Delegasi JTS Sarawak sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr. Mohammad Hanif Hamden (kiri).
Picture
Delegasi jemputan JTS Sarawak berpeluang merasai pengalaman menjalankan ukuran hidrografi di kawasan Pendas, Gelang Patah.
Picture
Tetamu JTS Sarawak sedang menjalankan pemeriksaan peralatan ukur hidrografi di tepi jeti Pendas.

 

Picture
Sr Ramzi Abdillah (kanan) dan pegawai JTS Sarawak lain diberi penerangan mengendalikan alat ukur utiliti bawah tanah oleh Dr. Nurul Izzati Abd Karim (kiri).

 

Picture
Antara peralatan Ground Penetrating Radar (GPR) yang digunakan oleh UTM.

 

Picture
Delegasi JTS Sarawak bergambar di hadapan Makmal Ukur Kejuruteraan dan Kadaster (UKK) di Blok C05, FABU.

Secara kesimpulanya, sesi amali lapangan yang telah disampaikan oleh pensyarah Kejuruteraan Geomatik yang mengajar kursus Ukur Utiliti dan Ukur Hidrografi telah memberi peluang kepada delegasi jemputan JTS Sarawak merasai sendiri pengalaman menjalani amali lapangan kedua-dua bidang ukur berkenaan. Diharapkan dengan perkongsian tersebut akan membuka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan dan konsultansi antara semua pihak di masa akan datang.

Explore More