September 28, 2024

Search
Close this search box.

Inisiatif memperkasakan pembangunan bandar berdaya tahan

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik dan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan oleh Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB) Kuala Lumpur yang dilaksanakan pada 15-16 Mei 2024. Kursus Asas melibatkan 20 orang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melibatkan wakil pelbagai jabatan seperti Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Pengangkutan Bandar, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Perpustakaan Kuala Lumpur.

Kursus profesional ini merupakan sebahagian daripada komitmen DPPC (MJIIT-UTM) terhadap agenda nasional dalam usaha memperkasakan kapasiti pelbagai penggubal polisi, perancang bandar, pihak pemegang taruh tempatan dan komuniti terdedah bagi mengelakkan berlakunya risiko bencana pada masa hadapan. Tragedi Taufan Rai yang membadai kawasan bandar-bandar utama pada Disember 2021 telah menyebabkan taburan hujan ekstrim dan banjir berskala besar dengan kerugian ekonomi di kawasan sekitar Lembah Klang.

“Tidak mengira latar belakang setiap daripada kita perlu mengangkat komitmen kerajaan Malaysia terhadap agenda global dan aspirasi sejagat seperti mana termaktub pada Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (SFDRR 2030) terutamanya dalam mengurangkan risiko bencana, mengelakkan risiko mendatang dan memperkasakan daya tahan di Malaysia” – Dr Khamarrul Azahari Razak, Pengarah DPPC MJIIT-UTM

DPPC MJIIT-UTM dengan kerjasama Institut Sultan Iskandar UTM (ISI-UTM), Institut Geologi Malaysia (IGM), Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) dan Persatuan Bencana Geologi dan Daya Tahan Komuniti (NGDRC) dan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) telah merekabentuk dan membangunkan modul latihan khusus kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pelbagai pihak pemegang taruh dalam pembangunan dan penilaian bandar berdaya tahan pada tahun 2024. Enam (6) modul kursus pembelajaran dan pengajaran telah dikendalikan oleh penceramah dan jurulatih profesional semasa sesi kursus tersebut.

Modul 1: Agenda Global dan Aspirasi Nasional Terhadap Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan 2030

Kursus ini seiring dengan Matlamat 4: Kuala Lumpur Bandar Raya Pintar Iklim dan Rendah Karbon yang dirangka di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2024. Matlamat ini memberi fokus kepada pengurusan, perancangan dan pembangunan. Ia merangkumi langkah-langkah adaptasi dan mitigasi terhadap kesan bencana alam dan perubahan iklim serta kecekapan dalam pengurangan pelepasan karbon dan pengurusan sumber bandar. Salah satu daripada tindakan utama Matlamat 4 adalah penghasilan Pelan Tindakan bagi Mitigasi dan Adaptasi ke Arah Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pelan Pengurusan Risiko Bencana.

Modul 2: Pembangunan Bandar dan Komuniti Berdaya Tahan: Prinsip, Konsep Model, Penanda Aras dan Strategi

YBhg. Dato’ Zakaria Mohamad, pengerusi NGDRC bersama Dr Khamarrul Azahari Razak mengendalikan Modul 3: Pemetaan Bahaya Baru Muncul, Risiko Sistemik dan Bencana Berganda. Modul 3 turut melibatkan aktiviti berkumpulan Disaster Imagination Games (DIG) berdasarkan senario terburuk bencana berasaskan empangan, taufan, air, sedimen di kawasan perbandaran, bandar warisan dunia dan geopark.

“Penilaian bandar berdaya tahan membantu penyelidik memahami risiko bencana berdasarkan penanda aras senario terburuk yang pernah berlaku di Malaysia dan luar negara. Selain itu, saya juga mengetahui jenis bencana berganda disebabkan aliran puing dan impaknya”. – Peserta Kursus Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan 2024

Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani, Timbalan Pengarah II, ISI memberi penekanan kaedah Community Disaster Resilience Indeks (CDRI) pada sesi Modul 4 – Penilaian Bandar Berdaya Tahan: Kaedah, Metodologi dan Prinsip Utama.

Borang Penilaian Community Disaster Resilience Indeks (CDRI)

Hari kedua pada 16 Mei 2024 dimulakan dengan sesi refleksi Modul 1-4 dan diteruskan dengan Modul 5 Pemerkasaan Local Champion dan Tindakan Setempat menerusi program Pengurangan Risiko Bencana yang Dipacu oleh Komuniti (Community-Led Disaster Risk Reduction, CLDRR). CLDRR direjuvenasikan yang dahulunya dikenali sebagai Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Community (Community-based Disaster Risk Management, CBDRM).

TPr Ezrein Faizal Ahmad, Pegawai Perancang Bandar, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Seksyen Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko PLANMalaysia menyampaikan modul 5 berdasarkan pengalaman pelaksanaan CBDRM dalam penyediaan rancangan tempatan

Sesi sebelah pagi turut disertakan dua slot perkongsian tambahan iaitu Slot Perkongsian 1: Kecemasan dan Bencana Kesihatan oleh Dr Hj Mohd Rashidi Abdul Salam, ahli bersekutu DPPC. Slot Perkongsian 2: Indeks Kerapuhan Terhadap Infrastruktur Kritikal Wilayah Greater Kuala Lumpur Zon Sesar, Malaysia oleh Sr Gs Ts Dr Rabieahtul Abu Bakar, ahli bersekutu DPPC.

Sesi Aktiviti Berkumpulan
Sesi Pembentangan Kumpulan 1
Sesi Pembentangan Kumpulan 2

Modul 6 Pembangunan Mampan Berasaskan Risiko dan Budaya Berdaya Tahan: Komitmen Bersama dan Hala Tuju diterjemahkan dalam aktiviti berkumpulan. Modul 6 dikendalikan oleh Prof Madya Ir Ts Dr Sumiaty Ambran, Pengurus Sangaku Renkei MJIIT UTM. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk merangka Strategi, Tindakan dan Hala Tuju berdasarkan senario terburuk kejadian bencana yang diusulkan melibatkan Empangan Batu dan Kampung Pasir.

Para peserta berjaya menamatkan kursus dengan jayanya

Semoga Kursus Asas Penilaian Badar Berdaya Tahan diteruskan melalui kursus lanjutan untuk memperkasakan kompentensi para peserta dalam bidang perancangan bandar. Secara tidak langsung melaksanakan komitmen kerajaan berdasarkan konsep global yang digariskan oleh SFDRR2030.

Explore More