November 26, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Delegasi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak intai peluang kerjasama dalam bidang membran di UTM

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC). Lawatan ini dibuat semasa Program Pemindahan Ilmu dan Teknologi di bawah Makmal Satelit Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM-JTS Sarawak.

Lawatan ini telah disertai oleh lima belas (15) orang pegawai JTS Sarawak dan diketuai oleh Sr. Ramzi Abdillah, Penolong Pengarah Survei serta dua (2) orang wakil dari Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS). Pegawai dari JTS Sarawak yang terlibat dalam lawatan ini adalah terdiri daripada pegawai dengan latar belakang Ukur Tanah dan Perancang Bandar dan Wilayah.

Delegasi jemputan ini telah disambut oleh Yang Berbahagia Datuk Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM bersama pegawai-pegawai serta pensyarah kanan dari AMTEC dan FABU. Antara pensyarah kanan FABU yang terlibat adalah Profesor Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset; Dr. Wan Anom Wan Aris, Sr. Dr. Norhadija Darwin, Dr Nurul Izzati Abd Karim dan Sr. Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim.

photo
Prof. Madya Dr. Juhana Jaafar (kanan) menyampaikan taklimat kepada tetamu JTS Sarawak.
Picture
Tetamu JTS Sarawak telah dibawa melawat ke ruang penyelidikan membran di AMTEC.

Tetamu delegasi telah dibawa melawat ke makmal penyelidikan AMTEC dan telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Juhana Jaafar, Pengarah AMTEC bersama pegawai-pegawai AMTEC lain iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman, Prof. Madya Dr. Goh Pei Sean dan En. Sohaimi Abdullah. Tetamu dari JTS Sarawak juga telah diberi penerangan berkenaan dengan hasil-hasil penyelidikan berasaskan membran yang telah dicapai. Melalui sesi perbincangan ini, pihak JTS Sarawak juga menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan pusat penyelidikan ini di masa akan datang.

Picture
Datuk Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM berkesempatan bersama dengan tetamu JTS Sarawak di AMTEC
Picture
Ruang dan perkakasan penyelidikan membran di AMTEC

Secara kesimpulanya, sesi lawatan ke AMTEC ini telah membuka mata banyak pihak tentang kepentingan kajian dalam bidang membran ini seterusnya dikomersialkan ke peringkat lebih luas. Semoga hasrat yang dinyatakan oleh Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor UTM iaitu mensasarkan bidang penyelidikan berkaitan membran ini dapat mencapai tahap penghasilan output yang dapat membantu pesakit buah pinggang.

Explore More