Mei 1, 2024

Search
Close this search box.
image

Program Jejak Sahur GPS santuni pelajar memerlukan sempena bulan Ramadan

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UTM Johor Bahru telah mengambil inisiatif untuk membantu Pelajar UTM dengan mengedarkan juadah bersahur melalui Program Jejak Sahur GPS 2024 sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Sebanyak 200 bungkus meehoon goreng telah diedarkan kepada Pelajar UTM yang masih berada di kampus melalui program tersebut. Edaran juadah bersahur ini disasarkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan kurang berkemampuan (B40).

Image
Juadah sahur yang disediakan kepada pelajar

Pengarah program, Muhammad Afnan Nasruhadi berkata Program Jejak Sahur GPS 2024 merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kelab GPS UTM untuk manyantuni pelajar UTM yang memerlukan  di kala kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Melalui program ini, pasukan kami telah mengedarkan juadah bersahur kepada pelajar UTM di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan ada sebahagian daripada juadah sahur ini diagihkan terus ke pintu bilik pelajar. Selain itu, kami juga menyediakan khidmat kejut bangun sahur kepada pelajar-pelajar yang telah membuat tempahan juadah sahur tersebut”.

IMG
Sesi agihan juadah sahur di kolej-kolej kediaman

Program Jejak Sahur GPS 2024 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila 200 slot tempahan juadah sahur penuh dalam tempoh 1 jam.

Explore More