Disember 22, 2024

Persidangan Inovasi dan Kemajuan Pembangunan Mampan 2024 menyumbang pencapaian dalam usaha kelestarian negara

KUALA LUMPUR, 29 April – Institut Sultan Iskandar bersama rakan strategik, Kementerian Ekonomi telah menganjurkan “Sustainable Development Innovation and Advancement Conference 2024 (SusDIA’24)”. Persidangan yang diadakan pada 24 April 2024 bertempat di UTM Hotel and Residence Kuala Lumpur ini mengangkat tema “Sustainable Horizons: Enhancing ESG Readiness to Drive Sustainable Development Goals” bagi menandakan satu tonggak penting dalam usaha ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan negara.

Persidangan ini, yang dirasmikan oleh YBhg Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi, telah mengumpulkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemimpin industri, pembuat dasar, ahli akademik, dan aktivis untuk meneroka dan memajukan penyelesaian inovatif dan strategi untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Sejumlah 200 peserta terlibat dalam usaha kerjasama ini untuk merangka strategi dan menangani cabaran alam sekitar, sosial, dan tadbir urus yang mendesak.

TKSU berucap
Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi

“Kami gembira dengan kejayaan SusDIA 2024,” kata YBrs Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani, Pengerusi Persidangan SusDIA 2024. “Semangat, kepakaran, dan komitmen peserta menyerlahkan keazaman untuk bersama mendorong perubahan positif dan mencipta masa depan yang lebih mampan.”

Dalam ucapannya, Timbalan Ketua Setiausaha menekankan kepentingan kerjasama dan inovasi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan, seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12, dengan menyatakan: “Acara seperti ini membantu mendorong inisiatif Kementerian Ekonomi untuk mencapai Rancangan Malaysia Ke-12. Persidangan ini adalah sebagai pemangkin untuk tindakan transformasi. Dengan bekerjasama, berkongsi pengetahuan, dan memupuk inovasi, kita dapat mengatasi cabaran yang kita hadapi dan membina masa depan yang lebih mampan untuk semua.”

Acara utama persidangan termasuklah ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dan perbincangan panel tentang topik seperti pencapaian menuju SDG 2030, sinergi antara SDG dan ESG, cabaran, strategi pelaksanaan ESG, dan masa depan ESG untuk semua.

penyampaian cenderahati oleh Pro Naib Canselor Kampus UTMKL
Penyampaian cenderahati oleh YBhg Prof Ts Dr Abd Latif Saleh, Pro Naib-Canselor Kampus UTMKL kepada YBhg Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi semasa majlis perasmian diadakan

 

gambar peserta
Peserta persidangan yang terdiri dari pelbagai sektor

gambar peserta

 

Sesi Plenary
YBrs En. Azimeer Manaf, Timbalan Pengarah II, Pusat SDN Negara, Kementerian Ekonomi sedang mengendalikan sesi pleno persidangan

 

forum session (picture )
Sidang Forum 1 dalam sesi soal jawab bersama ahli panel jemputan dikendalikan oleh YBrs En. Fahrul Nizam Rusly, Timbalan Pengarah I, Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi

 

sesi forum
YBrs Dr Shazwin Mat Taib, selaku moderator sedang mengendalikan sesi Soal Jawab semasa sesi forum 2 diadakan.

“Kami amat berterima kasih kepada semua peserta, penceramah, penaja, dan rakan strategik kami yang menyumbang menjadikan persidangan ini satu kejayaan,” tambah YBrs Dr Wan Nurul Mardiah. “Komitmen dan kerjasama mereka adalah penting untuk kita terus berusaha dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan mencipta dunia yang berdaya tahan, inklusif, dan mampan untuk generasi masa kini dan akan datang.”

closing session by Chairperson
Ucapan Penutup oleh Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani, Pengerusi Persidangan SusDIA2024

SusDIA 2024 berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan dialog, perkongsian pengetahuan, dan mempercepat tindakan untuk meningkatkan kesediaan ESG bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Dengan memanfaatkan kepakaran dan kreativiti peserta, persidangan ini menekankan kepentingan kerjasama dalam menangani cabaran global dan menggalakkan perubahan positif untuk mencipta masa depan yang lebih mampan.

sesi bergambar bersama TKSU
Sesi Bergambar semua peserta dan panel jemputan bersama YBhg. Dato’ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi

 

Team SusDIA
Barisan Sekretariat Penganjur SusDIA 2024

Explore More