Mei 1, 2024

Search
Close this search box.
KTDI

KTDI imarahkan surau sepanjang bulan Ramadan pupuk ukhwah sesama penghuni

JOHOR BAHRU, 4 April – Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) telah mengadakan Program Solat Tarawih KTDI 2024 pada 17 Mac hingga 3 April 2024 yang bertempat di Surau MA3, KTDI. Program ini diadakan bagi mengimarahkan lagi kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini dengan program-program kerohanian. Program ini juga telah bertindak sebagai ‘platform’ bagi penghuni KTDI yang beragama Islam untuk melaksanakan ibadah solat tarawih yang sangat dituntut oleh agama selain mencungkil bakat baru bagi imam dan bilal. Program Solat Tarawih ini merupakan hasil kerjasama antara Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI dan juga Jawatankuasa Surau Kolej Tun Dr. Ismail yang telah dilantik.

STAR  

Program ini dimulakan dengan Solat Isyak dan diikuti Solat Tarawih secara berjemaah yang telah dikendalikan oleh imam dan bilal yang telah dilantik. Program diakhiri dengan jamuan moreh seperti kuih muih, spageti dan sebagainya yang telah memberi peluang kepada para Jemaah untuk berkumpul dan berinteraksi secara santai. Secara tidak lansung program ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk ukhwah antara penghuni kolej.

STAR   STAR

Kehadiran pelbagai lapisan penghuni kolej tidak kira pelajar, staf, Majlis Felow KTDI dan ramai lagi menunjukkan sokongan yang besar oleh penghuni kolej terhadap aktiviti keagamaan. Tidak dilupakan juga Pengetua KTDI, ChM. Dr. Mohd Akmali Mokhter yang sering menghadirkan diri ke program untuk menunaikan Solat Tarawih bersama-sama penghuni kolej. Secara keseluruhannya, Program Solat Tarawih KTDI 2024 tidak hanya memperkukuh kehadiran bulan Ramadan dalam sanubari penghuni kolej tetapi juga memberi impak yang positif membina hubungan sosial dan keagamaan dalam kalangan mereka.

STAR   STAR

Explore More