Mei 1, 2024

Search
Close this search box.
MYSaveFood Ramadan

Kelab GPS UTM bantu pelajar melalui Program MYSavefood Ramadan

JOHOR BAHRU, 1 April – Program MYSavefood Ramadan telah berlangsung untuk hari ketujuh di Bazar Ramadan Perling Mall, Johor. Program ini telah mula dilaksanakan secara berfasa pada 21 hingga 23 Mac, dan 28 hingga 30 Mac. Program kemuncak MYSavefood Ramadan telah diadakan pada 1 April yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Projek MySaveFood merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan sisa makanan di Bazar Ramadan di mana lebihan makanan yang tidak terjual akan diselamatkan dan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

MYSavefood Ramadan 2
Lebihan makanan & minuman diedarkan kepada Pelajar UTM.

Fokus projek adalah untuk mencegah masalah sisa makanan di Bazar Ramadan dan menarik penglibatan belia dalam menangani isu kelestarian alam sekitar.

Projek ini juga diadakan buat julung kali dengan kerjasama Pertubuhan Belia Gema Malaysia (GEMA), peniaga Bazar Ramadan serta penyertaan sukarelawan dari Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim (IPGTI), Johor.

Sebanyak 155.45 kg jumlah lebihan kutipan makanan & minuman dan telah diagihkan kepada pelajar di kampus pada hari ketujuh pelaksanaannya. Jumlah keseluruhan kutipan makanan yang berjaya diselamatkan selama tujuh hari adalah sebanyak 642.4 kg.

Explore More