Mei 9, 2024

Search
Close this search box.

Program SEJATI Peduli agih bubur lambuk dan minyak motosikal sempena bulan Ramadan

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dengan kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor kawasan Kota Iskandar dan Yayasan Masjid al-Jawahir Mutiara Rini telah menganjurkan aktiviti “SEJATI PEDULI” yang kedua di stesen minyak Petronas Jalan Pontian-Skudai pada 22 Mac 2024. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti lanjutan yang diadakan oleh SEJATI untuk memberi minyak motosikal dan bubur lambuk kepada 150 mahasiswa terawal secara percuma. 

Ahli jawatankuasa menyediakan bahan bubur lambuk bersama dengan kakitangan Yayasan Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini.

Aktiviti ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu penyediaan bubur lambuk pada 7 pagi sehingga 12 tengah hari dan pelaksanaan program pada 2:30 petang sehingga 5.00 petang di stesen minyak Petronas.

Aktiviti ini dirasmikan oleh ADUN Kota Iskandar, Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Ahmad dan dihadiri oleh ahli-ahli pengurusan tertinggi program SEJATI PEDULI serta pengurus stesen minyak Petronas Jalan Pontian-Skudai. Seramai 151 orang mahasiswa hadir mengisi minyak motosikal melalui baucar isi minyak yang ditaja oleh SEJATI dan juga menerima bubur lambuk yang disediakan oleh pihak Yayasan Masjid al-Jawahir dan ahli jawatankuasa program tersebut.

ADUN Kota Iskandar mengisi motosikal mahasiswa UTM dengan minyak RON95
Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad membantu seorang mahasiswa mengisi minyak RON95 ke dalam motosikalnya.

Aktiviti SEJATI PEDULI yang berimpak ini telah berjaya mengeratkan hubungan SEJATI dengan masyarakat kerana penerima manfaat ini dapat menyara kos sara hidup mereka melalui inisiatif SEJATI yang mulia ini. Semoga apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh SEJATI akan terus memperoleh sambutan yang hangat dalam kalangan warga UTM dan masyarakat setempatnya.

Ahli-ahli jawatankuasa program mengambil gambar bersama Datuk Haji Pandak bin Ahmad sebagai tanda kenangan.

Explore More