April 28, 2024

Search
Close this search box.

Program Jati Diri Gen Alpha lahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan tinggi dengan nilai murni

JOHOR BAHRU, 5 MAC– Program Jati Diri Gen Alpha bertemakan kerohanian di bawah Program Ekspedisi, Eksplorasi dan Kembara (PEEK) 2024 anjuran Majlis Felo Kolej Tun Hussein Onn (MAFAN) bersinergi dengan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak MAFAN bagi memberikan pendedahan kepada JKM KTHO tentang pengetahuan asas dan proses yang perlu dilakukan ketika mengendalikan program bersama masyarakat.

Peserta diajarkan cara solat yang betul

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar sekolah rendah membentuk jati diri dan mental yang teguh dalam menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih efektif dalam membina disiplin diri yang lebih baik bagi membentuk pelajar yang cemerlang dan berketerampilan unggul.

Melalui program ini, pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan tentang adab berjual beli, adab berkomunikasi bersama rakan, asas solat fardu dan diajarkan juga niat berpuasa kepada pelajar sebagai salah satu persediaan menyambut ketibaan bulan Ramadan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya serta dapat membantu kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG 4) iaitu pendidikan berkualiti.

Sesi mengaplikasikan adab jual beli yang telah dikongsikan

Program ini turut dihadiri saudari Nik Ihtisyam Majdah Nik Razi, pelajar Doktor Falsafah yang  menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk “menghargai ibu bapa dan rakan-rakan”. Antara petikan yang dikongsikan oleh beliau adalah “Kita sebagai anak perlulah menghargai ibu bapa kita dengan cara menunjukkan sikap yang baik dan akhlak yang terpuji”.

Peserta sedang menghayati perkongsian yang disampaikan oleh saudari Nik Ihtisyam Majdah

Tuntasnya, atas kerjasama MAFAN dan JKM KTHO, program telah berjaya dilangsungkan dengan lancar dan teratur serta dapat mencapai objektif untuk membantu para JKM mengasah bakat kepimpinan dalam merangka program-program menarik untuk disertai oleh masyarakat luar serta menjadi satu batu loncatan kepada pelajar sekolah rendah untuk membentuk jati diri yang mantap.

Diharapkan melalui program Jati Diri Gen Alpha ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dan nilai murni yang telah dikongsikan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni serta menjadi sebagai satu titik permulaan bagi JKM KTHO untuk melaksanakan lebih banyak program bersama masyarakat.

 

Disediakan oleh: Unit Multimedia Program Jati Diri Gen Alpha: Program Ekspedisi, Eksplorasi & Kembara (PEEK) 2024 (Penulis), Muhammad Nur Firdaus bin Osman (Penyunting)

Explore More