Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at ()

PIUTM bakal laksana pelbagai program manfaatkan dana zakat

JOHOR BAHRU, 3 Mac –  Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (PIUTM) akan melaksanakan pelbagai program berfaedah pada tahun 2024 bagi memanfaatkan dana zakat berjumlah RM6 juta yang berjaya dikumpulkan setakat ini. Sebanyak RM2.3 juta wang zakat telah berjaya diagihkan kepada asnaf melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2023.

Ketua Unit Zakat PIUTM, Amir Irshad Saim berkata pihaknya bercadang untuk melaksanakan beberapa program supaya wang ini dapat diagihkan kepada asnaf yang layak sepanjang tahun 2024 ini.

WhatsApp Image at
Tukang gunting menggunting rambut anak staf di PIUTM di bawah program Zakat Haircut 2024

”Untuk tahun ini pihak kami bercadang untuk melaksanakan beberapa inisiatif seperti Bantuan Persekolahan, Bantuan Sambutan Aidilfitri, Bantuan Isian Minyak Motosikal dan juga beberapa program lain yang akan direncanakan. Pihak kami juga bercadang mewujudkan Anugerah Zakat dalam majlis konvokesyen UTM bagi diberikan kepada graduan yang mencapai kecemerlangan akademik dalam pengajian bermula pada tahun hadapan,” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan bahawa Unit Zakat juga akan melaksanakan kaedah potongan secara berjadual bagi mendapatkan lebih banyak sumber kewangan dalam dana zakat universiti.

WhatsApp Image at
Staf dan anak sedang menunggu giliran untuk memotong rambut.

”Potongan yang mirip kepada Potongan Cukai Berjadual (PCB) yang dilaksanakan kerajaan ini akan dilakukan bagi membolehkan lebih ramai staf membayar zakat masing-masing sekaligus menambah wang dalam dana zakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan kepada 100 orang asnaf yang terdiri dari staf universiti ini yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, UTM Johor Bahru.

Amir Ishad sebelum itu telah menyertai sekumpulan staf yang membawa anak lelaki masing-masing bagi memotong rambut di dewan serbaguna berhampiran PIUTM di bawah program ’Zakat Haircut 2024’.

WhatsApp Image at ()
Amir Irshad (paling kanan) menyerahkan Replika Cek Bantuan Zakat Persekolahan Anak Staf UTM Johor.

Di bawah program Zakat Haircut ini sebanyak RM6,000.00 telah diperuntukkan bagi mengupah 10 orang penggunting rambut yang dipanggil dari sekitar Johor Bahru.  Program ini terbuka untuk anak dan juga kakitangan lelaki UTM.

”Program ini dijalankan bagi mengurangkan beban kakitangan yang mempunyai anak lelaki yang bakal memulakan sesi persekolahan kelak disamping menjadi kaedah terbaik bagi memanfaatkan dana zakat UTM,” katanya.

Kesemua program ini adalah selari dengan Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) No. 3 iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik.

WhatsApp Image at
Sesi penyerahan cek

 

Explore More