Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
GOTONG ROYONG

Pelajar UTMKL dan tanggungjawab sosial penduduk Kg Datuk Keramat

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Program gotong-royong Perdana Madani dan ramah mesra penduduk lorong-lorong kiri Kampung Datuk Keramat anjuran Persatuan Penduduk (PLKDKL 2020) telah diadakan baru baru ini bagi memupuk semangat kerjasama di antara masyarakat penduduk setempat. Seramai 10 sukarelawan pelajar yang terlibat membantu penduduk Kampung Datuk Keramat membersihkan kawasan kaki lima, Dewan Masyarakat Lorong Kiri 12, kawasan longkang dan sekitar kawasan yang telah di bahagikan oleh pihak pengurusan Persatuan Penduduk.

Turut terlibat sama dalam program ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Alam Flora, UNIKL, dan Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

WhatsApp Image at AM
pembersihan di lakukan pelajar dengan penuh kesungguhan

Tujuan utama program ini bagi mewujudkan persekitaran kampung yang lebih bersih serta menjadikan kawasan kediaman lebih sehat dan selamat. Selain dari mengeratkan silaturahim di antara penduduk serta pelajar yang terlibat. Kesimbangan ini perlu dalam sahsiah pelajar UTM bagi membuka pandangan mereka bahawa persekitaran yang mereka tinggal adalah tanggungjawab bersama. Sumbangan mereka dalam gotong royong ini juga dapat mengangkat nilai budaya teras yang telah diterapkan oleh semua warga UTM, iaitu kelestarian tercermin dalam dorongan holistik oleh komuniti dalam mengintegrasikan dan menyeimbangkan bidang ekonomi, sosial dan persekitaran.

WhatsApp Image at AM
membersihkan daun daun kering di kawasan sekitar kaki lima

Kerjasama ini membuktikan bahawa HEPA juga bersedia memberikan peluang kepada pelajar untuk menyantuni penduduk Kampung Datuk Keramat yang merupakan komuniti terdekat kampus UTM Kuala Lumpur. Secara keseluruhan program ini merupakan program yang telah mengeratkan silaturahim di antara penduduk Kampung Datuk Keramat dan UTM Kuala Lumpur.

WhatsApp Image at AM
Sebelum gotong royong
WhatsApp Image at AM
selepas gotong royong telah dijalankan

Explore More