Mei 4, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

30 mahasiswa dan staf UTM terlibat jayakan program Zoolunteer for World Wildlife Day 2024 di Zoo Melaka

AYER KEROH, 2 Mac – Seramai 30 orang mahasiswa dan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terlibat dalam menjayakan program Zoolunteer for World Wildlife Day @ Zoo Melaka anjuran UTM International (UTMi)

Program khidmat sukarelawan yang dianjurkan dengan kolaborasi bersama Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS) yang diadakan buat pertama kalinya itu bertujuan untuk menimbulkan kerjasama erat dan pemahaman budaya Malaysia dan negara luar oleh komuniti pelajar antarabangsa dan tempatan UTM.

WhatsApp Image at
Membersihkan kandang haiwan peliharaan Zoo Melaka secara bergotong-royong antara mahasiswa tempatan dan antarabangsa UTM di Zoo Melaka

Penolong Pengarah (Pendidikan Global) UTM International yang juga merangkap Pengarah Program, Prof. Madya Dr Norahim Ibrahim berkata selain menyambut Hari Hidupan Liar Sedunia yang disambut pada 2 Mac setiap tahun, program ini juga bertujuan untuk memupuk sillaturrahim antara mahasiswa antarabangsa dan juga tempatan.

“Melalui penyertaan ke dalam program ini, golongan ini boleh  berinteraksi antara satu sama lain sekaligus membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lainnya bagi menerangkan berkenaan dengan budaya serta nilai kehidupan masing-masing.

WhatsApp Image at
Timbalan Pengarah UTMCS, Dr Zanariah Jasmani (dua kiri) menyertai gotong-royong membersihkan kandang haiwan peliharaan di Zoo Melaka.

“Ini bagi menyelesaikan masalah silang budaya yang sering dihadapi oleh seseorang yang tinggal di negara luar bagi sesuatu tempoh masa yang lama,“ katanya ketika diwawancara oleh Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS) di pejabatnya.

Menurutnya lagi, program ini juga dapat memberi inspirasi kepada mahasiswa supaya sentiasa bergiat aktif dalam program khidmat masyarakat dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

WhatsApp Image at
Timb. Pengarah UTMCS, Dr Zanariah Jasmani (kiri) dan Penolong Pendaftar Kanan UTMCS, Kiflee Jimpi ketika membersihkan kandang gajah di Zoo Melaka.

”Antara aktiviti yang dilakukan adalah pembersihan kandang dan juga penyediaan makanan di dapur zoo bagi diberikan kepada haiwan peliharaan Zoo Melaka.”

”Mungkin kelihatan agak ringan akan tetapi program ini secara tidak langsung juga memberi nilai tambah kepada mahasiswa dalam berkomunikasi antara satu sama yang lainnya sekaligus mempupuk nilai persahabatan khasnya antara mahasiswa tempatan dan antarabangsa,” katanya.

WhatsApp Image at ()
Kakitangan UTMCS bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk haiwan peliharaan di dapur Zoo Melaka

Turut menyertai program ini adalah Timbalan Pengarah UTMCS, Dr. Zanariah Jasmani dan juga Penolong Pendaftar Kanan UTMCS, Kiflee Jimpi serta beberapa orang staf Pejabat Pelestarian Kampus UTM ini.

Program ini adalah selaras dengan Strategi Pembangunan Mampan (SDG) No. 15 iaitu Kehidupan di Darat (Life on Land).

WhatsApp Image at
Sampah sarap yang berjaya dikumpulkan setelah selesai gotong-royong di Zoo Melaka.

Explore More