Mei 2, 2024

Search
Close this search box.
YAB Premier Sarawak bersama Naib Canselor dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Sarawak

KUCHING, 3 Feb. –  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima jemputan khas daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) bagi meraikan Majlis Perasmian Penutup Land and Survey (LANDAS) Summit 2024 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada Sabtu lalu.

LANDAS Summit 2024 merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) yang menjadi suatu platform pertemuan bagi para pegawai kanan Kerajaan Sarawak khususnya daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) untuk mengukuhkan kapasiti hubungan dan kerjasama antara satu sama lain.

Yang Berbahagia Datu Hj. Abdullah Julaihi, Pengarah JTS dalam ucapannya menekankan tentang kepentingan melalui penumpuan terhadap ‘Data Driven and Innovation‘ bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat.

Antara wajah pegawai JTS yang mengikuti Program Pesisir di UTM.

Ujarnya lagi, JTS turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak kerana menyalurkan dana sebanyak RM5 juta yang digunakan bagi menjalankan 13 projek penyelidikan di UTM.  Sebanyak RM500,000.00 daripada jumlah tersebut digunakan untuk meningkatkan bakat staf JTS menerusi pembiayaan pengajian di Universiti ini.

Upacara perasmian penutup yang diadakan penuh gilang-gemilang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Premier Sarawak ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup pada malam berkenaan.

Dalam ucapan perasmian penutupnya, YAB Premier Sarawak memaklumkan bahawa Sarawak kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada lima (5) kekuatan yang dimiliki oleh negeri berkenaan, antaranya tenaga, teknologi solar, biojisim (biomass), air atau hidrogen dan tenaga hibrid.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UTM kerana memberi peluang kepada staf JTS menyambung pengajian dalam program Pesisir Khas, Sarjana Kejuruteraan Geomatik. Program ini dilihat mampu memberi nilai tambah serta meningkatkan pengetahuan atau ilmu baharu dalam bidang tanah dan survei.

Upacara memotong kek sempena Ulang Tahun JTS ke 106
Majlis diserikan lagi dengan upacara memotong kek ulang tahun dan rakaman video ucapan daripada semua JTS Bahagian Negeri Sarawak bersempena dengan hari ulang tahun JTS ke-106.

Oleh Nurul Amrie Abdullah, Pejabat Naib Canselor, UTM

Explore More